Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri realme 8 akan dilancarkan 24 Mac ini dengan skrin Super AMOLED, pengecasan SuperDart 50W dan realme UI 2.0


Madhav Seth secara rasminya telah mengesahkan bahawa siri realme 8 akan menjadi telefon pintar pertama realme untuk hadir dengan realme UI 2.0.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Madhav Seth ini tidak 100% tepat memandangkan realme GT adalah telefon pintar realme untuk tampil dengan realme UI 2.0 dari kotak.

Walaubagaimanapun apabila mengambil kira bahawa telefon pintar realme GT Hanya ditawarkan di China, kenyataan Madhav Seth ada kebenaranya kerana realme 8 dan realme 8 Pro dijangka akan memasuki lebih banyak pasaran antarabangsa.


Selain itu, Madhav Seth sebelum ini juga telah mengesahkan bahawa realme 8 Pro akan menawarkan mod starry time-lapse yang pertama kali ditawarkan pada telefon pintar.

Lain-lain spesifikasi realme 8 Pro dan realme 8 yang telah disahkan oleh Madhav Seth adalah skrin paparan Super AMOLED, pengecasan pantas SuperDart 50W pada realme 8 Pro dan 30W pada realme 8.

Pelancaran rasmi realme 8 Pro dan realme 8 akan berlangsung pada 24 Mac ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.