Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Stor Rasmi DJI Malaysia kini dibuka di Sunway Pyramid

DJI Malaysia secara rasminya telah membuka satu stor rasmi DJI Authorized Retail Store di Sunway Pyramid yang turut menampilkan  dron terbaru keluaran syarikat ini iaitu DJI FPV.


Stor rasmi DJI terbaru ini dibuka untuk memberikan pengguna dan peminat dron syarikat ini satu pengalaman yang pembelian yang lebih imersif pada lokasi yang strategik.

Stor DJI ini juga akan menjadi batu loncatan kepada DJI untuk mencapai pelanggan yang banyak selain menawarkan pengunjung peluang untuk mengetahui produk dron dan teknologi kamera terbaik.

Walaupun keadaan semasa Covid-19 yang masih membimbangkan dan adalah selamat untuk anda kekal dirumah, Stor rasmi DJI Sunway Pyramid ini sentiasa mengamalkan pembersihan dan sanitasi berkala.

Sempena pembukaan stor rasmi terbaru ini, DJI Malaysia juga menawarkan promosi diskaun bagi pembelian DJI Osmo Mobile 3 Combo set dan DJI Mavic Mini Combo set bagi 20 pembeli pertama.

*stor DJI Malaysia (Level F1 – Rink A).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.