Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Watch akan dilancarkan bersama siri OnePlus 9 pada 23 Mac ini


OnePlus sebelum ini telah mengesahkan pelancaran global Siri OnePlus 9 akan dilancarkan pada 23 Mac ni.

Walaubagaimanapun, kini OnePlus juga telah mengesahkan jam pintar OnePlus Watch yang telah lama dinantikan akan turut dilancarkan pada 23 Mac ini.

OnePlus Watch yang akan dilancarkan ini dijangka akan menjadi satu tambahan baru kepada keluarga OnePlus dan memfokuskan kepada kecergasan, aspek kesihatan dan perekod tidur.

Selain itu, nama rasmi OnePlus Watch juga masih belum diketahui buat masa ini.

Pelancaran OnePlus Watch dan OnePlus 9 yang akan tampil buat pertama kali dengan teknologi kamera Hasselblad akan berlangsung didalam masa 10 hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.