Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gambar reka bentuk Huawei P50 Pro mendedahkan pengunaan dua sensor kamera yang besar


Telefon pintar flagship terbaru Huawei iaitu Siri Huawei P50 bakal menjadi telefon pintar pertama syarikat ini dengan sistem operasi HarmonyOS yang dibangunkan oleh mereka sendiri.

Walaupun diambang waktu pelancaran, kita masih belum menerima sebarang pengesahan rasmi daripada syarikat ini mengenai pelancaran siri Huawei P50.

Walaubagaimanapun, @OnLeaks telah mengeluarkan beberapa gambar Huawei P50 Pro yang mana pada pandangan hadapan, kelihatan seperti telefon pintar kovensional dipasaran namun lain pula ceritanya apabila anda melihat modul kamera yang terletak dibahagian belakang.

Dua sensor kamera yang besar pada panel belakang Huawei P50 Pro memberikan kita petunjuk bahawa siri Huawei P50 akan memberikan satu lagi lompatan didalam teknologi fotografi pada telefon pintar.

Tambahan lagi, siri Huawei P memang sinonim dengan pemfokusan kepada teknologi kamera yang baharu manakala siri Huawei Mate pula akan memfokuskan kepada produktiviti dan cipset yang baharu.

Selain itu, Huawei P50 Pro dijangka akan hadir dengan skrin paparan berukuran 6.6-inci dengan bezel sisi yang lebih nipis dan terdapat juga kamera selfie punch-hole.

Berbalik semula kepada sensor kamera, buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat mengenai sensor kamera yang digunakan namun terdapat laporan yang mengatakan satu sensor Sony IMX800 1” beresolusi 50MP akan digunakan.

Selain itu, setiap bulatan kamera ini mungkin menempatkan satu atau beberapa sensor didalamnya.

Akhir sekali, siri Huawei P50 dijangka akan dilancarkan pada bulan ini dan sebanyak tiga model akan diperkenalkan.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.