Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nubia Red Magic 6 Pro & Red Magic 6 kini rasmi – Skrin AMOLED 165Hz, Snapdragon 888 dan 18GB RAM

Nubia Red Magic 6 Pro & Red Magic 6 kini rasmi - Skrin AMOLED 165Hz, Snapdragon 888 dan 18GB RAM 1

Nubia Red Magic 6 Pro & Red Magic 6 kini rasmi - Skrin AMOLED 165Hz, Snapdragon 888 dan 18GB RAM 2
Telefon pintar gaming terkemuka iaitu siri Red Magic daripada Nubia telah memperkenalkan generasi baru telefon pintar gaming mereka.

Nubia Red Magic 6 Pro dan Red Magic 6 telah dilancarkan secara rasmi yang mana buat masa ini hanya ditawarkan di pasaran China.

Nubia Red Magic 6 Pro & Red Magic 6 kini rasmi - Skrin AMOLED 165Hz, Snapdragon 888 dan 18GB RAM 3

Kebanyakkan spesifikasi Red Magic 6 Pro dan Red Magic 6 adalah sama kecuali versi Pro menawarkan pengecasan pantas 120W, sehingga 18GB RAM dan 512GB storan dalaman dan reka bentuk yang lebih garang.

Red Magic 6 Pro dan Red Magic 6 hadir dengan skrin paparan FHD+ AMOLED berukuran 6.8-inci dengan kadar segar semula 165Hz (adaptive) dan  terdapat juga sensor capjari dalam skrin.

Selain itu, Red Magic 6 Pro dan Red Magic 6 juga menyaksikan shoulder triggers kembali digunakan dan kini menawarkan sokongan sehingga 400Hz untuk latensi input yang lebih minima.

Selain itu, Red Magic 6 Pro dan Red Magic 6 juga tampil dengan kipas penyejukan active cooling air yang masih-masing berputar pada kadar 20,000 RPMdan 18,000 RPM.

Nubia Red Magic 6 Pro & Red Magic 6 kini rasmi - Skrin AMOLED 165Hz, Snapdragon 888 dan 18GB RAM 4

Pada bahagian kamera, Red Magic 6 Pro dan Red Magic 6 menampilkan tetapan tiga kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Beralih kepada pemproses, Red Magic 6 Pro dan Red Magic 6 hadir dengan RAM LPDDR5  dan storan UFS 3.1 namun perhatian khas mesti diberikan kepada Red Magic 6 Pro Transparent Edition yang tampil dengan 18GB RAM dan 512GB storan dalaman.

Nubia Red Magic 6 Pro & Red Magic 6 kini rasmi - Skrin AMOLED 165Hz, Snapdragon 888 dan 18GB RAM 5

Akhir sekali,Nubia Red Magic 6 tampil dengan bateri berkapasiti 5,050mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W namun pada Red Magic 6 Pro, bateri yang ditawarkan adalah 4,500mAh namun dengan pengecasan pantas 120W.

Nubia Red Magic 6 Pro & Red Magic 6 kini rasmi - Skrin AMOLED 165Hz, Snapdragon 888 dan 18GB RAM 6

Berikut adalah harga Red Magic 6 :

Red Magic 6 8/128GB – CNY 3,799 (RM 2,386)

Red Magic 6 12/128GB – CNY 4,099 (RM 2,574)

Red Magic 6 12/256GB – CNY 4,399 (RM 2,763)

Nubia Red Magic 6 Pro & Red Magic 6 kini rasmi - Skrin AMOLED 165Hz, Snapdragon 888 dan 18GB RAM 7

Berikut adalah harga Red Magic 6 Pro :

Red Magic 6 Pro 12/128GB – CNY 4,399 (RM 2,763)

Red Magic 6 Pro 12/256GB – CNY 4,799 (RM 3,014)

Red Magic 6 Pro 16/256GB – CNY 5,299 (RM 3,328)

Nubia Red Magic 6 Pro & Red Magic 6 kini rasmi - Skrin AMOLED 165Hz, Snapdragon 888 dan 18GB RAM 8

Red Magic 6 Pro Transparent Edition 16/256GB – CNY 5,599 (RM 3,516)

Red Magic 6 Pro Transparent Edition 18/512GB – CNY 6,599 (RM 4,144)

Penawaran antarabangsa Red Magic 6 Pro dan Red Magic 6 masih belum diketahui buat masa sekarang namun ‘coming soon’.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.