Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei tawar rebat sehingga RM 168 bagi pembelian Watch Fit & FreeBuds Pro

Huawei tawar rebat sehingga RM 168 bagi pembelian Watch Fit & FreeBuds Pro 5
Huawei telah mengumumkan beberapa promosi menarik yang memberikan anda lebih sebab untuk memiliki peranti Huawei pilihan anda pada bulan ini.

Dari 5 hingga 21 Mac 2021, Huawei telah mengumumkan beberapa promosi dibawah tawaran Marvellous March yang membolehkan pengguna mendapatkan HUAWEI FreeBuds Pro, HUAWEI WATCH FIT dan HUAWEI MatePad Pro dengan lebih nilai belian.

Pilihan #1 : Rebat serta merta

Huawei menawarkan rebat serta merta sebanyak RM 68 dengan pembelian Huawei Watch Fit atau Huawei FreeBuds Pro namun jika anda membeli dua unit, anda akan menikmati rebat sebanyak RM 168.

Huawei Watch Fit ditawarkan pada harga RM 499 iaitu sebelum rebat manakala Huawei FreeBuds Pro pula ditawarkan pada harga RM 699.

Huawei tawar rebat sehingga RM 168 bagi pembelian Watch Fit & FreeBuds Pro 6

Pilihan #2: PWP (Purchase With Purchase)

Bagi yang mendapatkan Huawei MatePad Pro pada harga RM 2,399, pelanggan dapat menikmati promosi PWP yang memberikan anda pilihan untuk membeli Huawei FreeBuds 3i yang bernilai RM 399 pada harga RM 99 sahaja.

Tunggu apa lagi, nikmati promosi menarik Marvellous March ini di  HUAWEI Store Online, Shopee, Lazada atau di HUAWEI Experience Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.