Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme GT 5G kini rasmi – Snapdragon 888 , Skrin Super AMOLED 120Hz pada harga serendah RM 1,752


Seperti yang dijanjikan, realme secara rasminya telah melancarkan realme GT 5G sebagai telefon pintar flagship 2021 syarikat ini namun pelancaran global peranti ini masih belum diketahui buat masa ini.

Terus kepad spesifikasi, realme GT 5G hadir dengan skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.43-inci dan ianya memiliki kadar segar semula 120Hz dan kadar pensampelan skrin 360Hz namun dengan lima tetapan berbeza mengikut keperluan pengguna.

Selain itu, pemproses Snapdragon 888 yang dimiliki realme GT 5G juga disertakan dengan 8GB atau 12GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1 pada kapasiti 128GB atau 256GB (mengecewakan tiada slot microSD).

Beralih kepada bahagian kamera, realme GT 5G juga menampilkan tetapan tri-kamera iaitu sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP jenis punch-hole.

Selain itu, rakaman video yang boleh diambil melalui realme GT 5G adalah 4k/60fps dan rakaman gerak perlahan 720p/480fps.

Beralih kepada bateri, realme GT 5G memiliki bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 65W namun masih tiada pengecasan tanpa wayar.

Lain-lain spesifikasi realme GT 5G adalah Bluetooth 5.2, Wi-Fi 6e, pembesar stereo suara Dolby Atmos, realme UI 2.0 berasaskan Android 11 dan HyperBoost 4.0.


The Realme GT 5G hadir didalam tiga warna iaitu Galactic Silver, Deep Sea Blue, dan Dawn Yellow yang mempunyai kemasan seperti kulit .

Berikut adalah harga realme GT 5G :

realme GT 5G 8/128GB – CNY 2,799 (RM 1,752)

realme GT 5G 12/256GB – CNY 3,299 (RM 2,065)

Persoalan mengenai bila atau samada realme GT 5G akan memasuki pasaran antarabangsa masih menjadi persoalan yang pasti bermain difikiran ramai pengguna.


Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.