Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 5 akan menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk memiliki 18GB RAM

Asus ROG Phone 5 akan menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk memiliki 18GB RAM 5
Telefon pintar khas gaming Asus iaitu ROG Phone 3 merupakan antara telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan 16GB RAM dan Asus ROG Phone 5 dikatakan akan menjadi telefon pintar pertama untuk memiliki 18GB RAM.

Asus ROG Phone 5 telah disahkan akan dilancarkan pada 10 Mac ini dan telefon pintar ini telah membuat penampilan di pangkalan data Geekbench iaitu edisi Tencent (I005DB).

Asus ROG Phone 5 akan menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk memiliki 18GB RAM 6
Asus ROG Phone akan ditawarkan didalam dua versi iaitu edisi Tencent Games dengan nama model DA manakala versi biasa dikenali sebagai model DB.

Selain itu, versi DB dikatakan akan mempunyai paparan kedua dibahagian belakang namun fungsi paparan ini masih menjadi misteri.

Akhir sekali, Asus ROG Phone 5 sudah hampir pasti akan hadir dengan pemproses Snapdragon 888 dan Android 11.

sumber: GSMArena

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.