Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 5 – Berikut adalah harga bagi Aksesori dan semua varian ROG Phone 5 di Malaysia

Asus ROG Phone 5 - Berikut adalah harga bagi Aksesori dan semua varian ROG Phone 5 di Malaysia 15Asus ROG Phone 5 telah dilancarkan secara rasmi  beberapa hari lalu dan sejurus selepas pelancaran rasmi global, Asus Malaysia juga telah mengumumkan harga dan promosi pra-tempahan bagi telefon pintar ini di Malaysia.

Berikut adalah senarai harga bagi semua varian Asus ROG Phone 5 dan Asus ROG Phone 5 Pro yang dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Mei 2020.

Asus ROG Phone 5 - Berikut adalah harga bagi Aksesori dan semua varian ROG Phone 5 di Malaysia 16

Asus ROG Phone 5

ROG Phone 5  8GB RAM / 128GB RM 2,999

ROG Phone 5  16GB RAM / 256GB RM 3,799

Asus Malaysia telah membuka pra-tempahan bagi dua model ROG Phone 5 ini iaitu dari 11 hingga 25 Mac 2020 dan setiap pra-tempahan ini juga akan menerima ROG Kunai 3 Gamepad yang bernilai RM 499 secara percuma (sementara stok masih ada).

Kedua-dua varian Asus ROG Phone 5 ini ditawarkan didalam dua warna iaitu Phantom Black dan Strom White namun anda tidak akan menerima AeroActive Cooler

Pra-tempah Asus ROG Phone 5 di SINI

Asus ROG Phone 5 - Berikut adalah harga bagi Aksesori dan semua varian ROG Phone 5 di Malaysia 17

Asus ROG Phone 5 Pro

Asus Malaysia juga telah mengesahkan bahawa Asus ROG Phone 5 Pro akan memasuki pasaran tempatan pada bulan Mei iaitu didalam satu varian yang memiliki 16GB RAM dan 512GB storan dalaman.

Selain itu, Asus juga telah mengumumkan bahawa ROG Phone 5 Pro akan ditawarkan pada harga RM 4,499 didalam warna Phantom Black sahaja dan anda juga akan menerima AeroActive Cooler didalam kotak.

Buat masa ini pra-tempahan bagi Asus ROG Phone 5 Pro masih belum dibuka.

Asus ROG Phone 5 - Berikut adalah harga bagi Aksesori dan semua varian ROG Phone 5 di Malaysia 18

Asus ROG Phone 5 Ultimate Edition

Asus ROG Phone 5 Ultimate adalah model paling premium didalam keluarga ROG Phone tahun ini dan ianya juga satu-satunya model yang tampil dengan 18GB RAM (storan dalaman adalah 512GB).

Menjawab persoalan ramai peminat, Asus Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Asus ROG Phone 5 Ultimate Edition akan memasuki pasaran tempatan pada bulan Mei 2021 dengan harga RM 4,999.

Asus ROG Phone 5 - Berikut adalah harga bagi Aksesori dan semua varian ROG Phone 5 di Malaysia 19

Asus ROG Phone 5 Ultimate Edition akan ditawarkan didalam warna Storm White sahaja dan anda akan turut menerima AeroActive Cooler dan satu kotak hadiah khas edisi peminat.

Pra-tempahan bagi ROG Phone 5 Ultimate Edition belum dibuka buat masa sekarang

Asus ROG Phone 5 - Berikut adalah harga bagi Aksesori dan semua varian ROG Phone 5 di Malaysia 20

Aksesori Asus ROG Phone 5 

Selain penjualan telefon pintar gaming terbaru Asus, Asus Malaysia juga telah mengumumkan senarai aksesori tambahan ROG Phone 5 yang akan ditawarkan di Malaysia bermula April & Mei 2021

AeroActive Cooler 5 – RM 149

ROG Kunai 3 Gamepad  + ROG5 bumper – RM499

ROG KUNAI 3 Bumper – RM 69

Lighting  Armor Case (ROG5) – RM 199

Kabel ROG 1.8M USB-C ke USB-C – RM 59

Asus ROG Phone 5 - Berikut adalah harga bagi Aksesori dan semua varian ROG Phone 5 di Malaysia 21

ROG Headphone

Rog STRIX GO core – RM 319 (PWP RM 249)

ROG Cetra II – RM 499

ROG Cetra II core – RM 199

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.