Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone 5s Pro dan ROG Phone 5s kini rasmi dengan Snapdragon 888+

Asus ROG Phone 5s Pro dan ROG Phone 5s kini rasmi dengan Snapdragon 888+ 11
Asus secara rasminya telah melancarkan telefon pintar gaming terbaru mereka iaitu Asus ROG Phone 5s dan Asus ROG Phone 5s Pro hanya beberapa bulan selepas pelancaran ROG Phone 5 namun perbezaan dengan generasi sebelum ini tidak terlalu drastik.

Asus ROG Phone 5s dan Asus ROG Phone 5s Pro tampil dengan skrin paparan AMOLED 144Hz keluaran Samsung dan ianya adalah panel skrin 6.8-inci berbanding 6.6-inci pada ROG Phone 3 namun ukuran dimensi telefon pintar tidak begitu jauh berbeza dengan generasi lalu.

Asus ROG Phone 5s Pro dan ROG Phone 5s kini rasmi dengan Snapdragon 888+ 12

Skrin paparan Asus ROG Phone 5s Series ini juga mempunyai sokongan HDR10+ dan turut dilapisi gelas Corning Gorilla Glass Victus.

Asus ROG Phone 5s Pro dan ROG Phone 5s kini rasmi dengan Snapdragon 888+ 13
Asus ROG Phone 5s

Beralih kepada bahagian cipset yang merupakan satu perbezaan ketara berbanding ROG Phone 5 dimana Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 888+ yang dipadankan dengan kapasiti RAM sehingga 18GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Asus ROG Phone 5s Pro dan ROG Phone 5s kini rasmi dengan Snapdragon 888+ 14

Beralih kepada bateri pula, Asus ROG Phone 5s dan ROG 5s Pro menampilkan bateri berkapasiti 6,000mAh (2×3,000mAh) dengan sokongan pengecasan pantas Asus HyperCharge 65W.

Asus ROG Phone 5s Pro dan ROG Phone 5s kini rasmi dengan Snapdragon 888+ 15
Asus ROG Phone 5s Pro

Seperti pada telefon pintar ROG Phone sebelum ini, anda akan mempunyai dua slot USB-C iaitu dibahagian bawah dan pada bahagian sisi untuk pengecasan dalam mod landskap atau menggunakan kipas AeroActive Cooler 5 yang disertakan didalam kotak dengan pembelian Asus ROG Phone 5s Pro.

Asus ROG Phone 5s Pro dan ROG Phone 5s kini rasmi dengan Snapdragon 888+ 16
Lebih menarik, Asus juga membawa semula bicu audio 3.5mm pada ROG Phone 5 dan ROG Phone 5 Pro dan ianya dilengkapi ESS Sabre ES9280AC Pro Quad DAC.

Asus ROG Phone 5s Pro dan ROG Phone 5s kini rasmi dengan Snapdragon 888+ 17

Bahagian kamera Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro adalah sensor tri-kamera 64MP Sony IMX686 seperti pada ROG Phone 3 dan ianya turut menampilkan kamera selfie yang sama.

Selain itu, Asus ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro juga dilengkapi dengan pembesar suara stereo Cirrus Logic CS35L45 yang 21% lebih berkuasa berbanding generasi sebelum ini.

Selain itu, perbezaana antara ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro adalah pada panel belakang dimana ROG Phone 5s menampilkan logo Republic of Gamers dengan lampu RGB manakala versi Pro tampil dengan satu skrin yang diberi nama ROG Vision Display yang berwarna.

Kesemua model Asus ROG Phone 5s dan Asus ROG Phone 5s Pro tampil dengan antaramuka ROG UI berasaskan Android 11.

Asus ROG Phone 5s dan Asus ROG Phone 5s Pro akan ditawarkan di Taiwan mulai 24 Ogos ini pada harga TWD 29,990 (RM 4,558) bagi varian 16/256GB manakala varian 18/512GB pula ditawarkan pada harga TWD 33,990 (RM 5,166). Dalam pada itu, Asus ROG Phone 5s Pro akan ditawarkan didalam satu varian sahaja iaitu 18/512GB pada harga TWD 37,990 (RM 5,774).

Maklumat jualan bagi pasaran antarabangsa masih belum diketahui buat masa ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.