Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pendaftaran bagi vaksin Covid-19 kini ditawarkan di aplikasi MySejahtera

Pendaftaran bagi vaksin Covid-19 kini ditawarkan di aplikasi MySejahtera 1

Pendaftaran bagi vaksin Covid-19 kini ditawarkan di aplikasi MySejahtera 2
Anda pasti sedia maklum bahawa program vaksinasi covid-19 kebangsaan akan bermula mulai esok iaitu kepada petugas barisan hadapan.

Sehubungan dengan itu, aplikasi MySejahtera yang tidak lagi perlu kami perkenalkan kini sudah mula menawarkan pendaftaran untuk mendapatkan vaskin covid-19.

Anda boleh menyemak aplikasi MySejahtera untuk melihat samada terdapat ikon yang menyatakan Covid-19 Vaccination.

Jika tiada, anda perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera di Google Play Store atau Apple App Store untuk melihat ikon pendaftaran ini.

Pendaftaran bagi vaksin Covid-19 kini ditawarkan di aplikasi MySejahtera 3

Selepas menekan ikon tersebut, anda boleh melihat paparan nama anda untuk pendaftaran vaksin covid-19.

Pendaftaran bagi vaksin Covid-19 kini ditawarkan di aplikasi MySejahtera 4

Selepas itu, aplikasi ini akan memaparkan maklumat anda dan pastikan nama anda adalah mengikut seperti yang pada kad pengenalan dan tekan Confirm.

 

Selepas itu, anda akan menerima paparan yang mengatakan Fasa 1 program Vaksinasi telah bermula dan anda akan dimaklumkan apabila bermulanya fasa kedua dan fasa ketiga.

Fasa 1 dari Feb hingga April 2021 adalah untuk kumpulan petugas barisan hadapan, pegawai penguatkuasa, wakil rakyat dan guru-guru berisiko tinggi yang melibatkan 500,000 orang.

Fasa 2 pula adalah dari April hingga Ogos dan ini membabitkan kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya melibatkan 9.4 juta orang.

Fasa 3 adalah dari Mei 2021 hingga Feb 2022 untuk penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas – warganegara dan bukan warganegara – dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.