Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

U Mobile kini menawarkan akses Internet percuma kepada penduduk di 12 PPR seluruh negara

U Mobile kini menawarkan akses Internet percuma kepada penduduk di 12 PPR seluruh negara 9
U Mobile, syarikat telekomunikasi popular di Malaysia kini menawarkan sambungan internet percuma kepada penduduk di 12 lokasi Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara sebagai sebahagian daripada usaha bantuan COVID-19.

Akses internet percuma ini dibuka untuk semua penduduk yang sangat berguna untuk pelajar kerana data disesuaikan untuk produktiviti dan tujuan pembelajaran.

Penduduk boleh mengakses perkhidmatan internet percuma di PPR terpilih di lokasi yang ditentukan di pelbagai kawasan umum.

Usaha terbaru telco adalah sebahagian daripada inisiatif industri bersama yang dimulakan pada Januari 2021 dan akan berlangsung sehingga 30 April 2021.

Senarai 12 PPR yang terpilih adalah seperti berikut :

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • PPR Seri Pantai
  • PA Jalan Hang Tuah
  • PPR Seri Anggerik
  • PPR Pekan Kepong
  • PA Seri Perak
  • PPR Perkasa

Kedah

  • RPA Alor Malai 1

Pulau Pinang

  • PPR Taman Manggis
  • Mak Mandin Hijau

Johor

  • Rumah Flat Jalan Haji Ismail Hassan, Kluang

Melaka

  • RP Ujong Pasir
  • PPR Kg Padang

Untuk Terma dan Syarat, lawati: https://www.u.com.my/tnc/1767.

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati: https://www.u.com.my/support/selfhelp/faqs/64/6406.

Selain itu antara inisiatif lain yang diambil oleh U Mobile bagi menangani pelbagai masalah yang dihadapi akibat pandemik adalah seperti berikut :

U Mobile kini menawarkan akses Internet percuma kepada penduduk di 12 PPR seluruh negara 10

U Mobile kini menawarkan akses Internet percuma kepada penduduk di 12 PPR seluruh negara 11

  • Sumbangan bernilai RM800,000 kepada IMARET dan MERCY Malaysia untuk usaha bantuan COVID-19
  • Penajaan Kad SIM pascabayar dan peranti kepada pelajar B40 di Sabah dan Pulau Pinang

U Mobile kini menawarkan akses Internet percuma kepada penduduk di 12 PPR seluruh negara 12

  • Penajaan Kad SIM dan peranti kepada barisan hadapan di Hospital Queen Elizabeth, Sabah

Tambahan daripada itu, pada 6 Januari, U Mobile juga telah memperkenalkan pakej Data khas SPM/ STPM 2021 untuk membantu pelajar SPM dan STPM dan juga telah diperluaskan kepada pelajar Institut pengajian tinggi pada 25 Januari 2021.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.