Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung sahkan kemaskini OneUI 3.1 kepada flagship Siri Galaxy S20, Note20 dan banyak lagi


Samsung secara rasminya telah mengumumkan bahawa kemaskini One UI 3.1 yang terbaru akan mula ditawarkan ke pada telefon pintar siri Galaxy S20 (Galaxy S20, Galaxy S20 +, dan Galaxy S20 Ultra, Galaxy S20 FE),  siri Galaxy Note20 (Galaxy Note20, Galaxy Note20 Ultra), siri Galaxy Z Fold2 dan Galaxy Z Flip.

Kemas kini, yang pertama kali dilancarkan dengan siri Galaxy S21, memberikan pengguna pelbagai ciri kamera baru yang terpilih untuk merakam dan mengedit foto dan video yang luar biasa.

ciri baru pintar ini juga mampu meningkatkan kehidupan seharian, memberikan anda lebih banyak manfaat dari peranti Galaxy anda.

Berikut adalah ciri kamera baru yang ditawarkan melalui kemaskini OneUI 3.1

Single Take
Object Eraser
Touch autofocus and autoexposure controller
Multi Mic Recording

Selain itu, OneUI 3.1 juga membawakan beberapa ciri pintar yang meningkatkan kepuasan pengunaan peranti.

Eye Comfort Shield
Private Share

Antara ciri baru yang ditawarkan adalah Eye Comfort Shield, Private Share – perkongsian kandungan yang lebih privasi dan fungsi Auto Switch – peralihan audio antara peranti Galaxy apabila menggunakan Galaxy Buds Pro, Buds Live dan Buds+.

Maklumat lanjut mengenai OneUI boleh diketahuk di http://www.samsung.com/one-ui

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.