Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Huawei P50 dijangka akan dilancarkan pada penghujung bulan Mac

Kredit gambar @LetsGoDigital

Perniagaan telefon pintar Huawei mungkin sedikit merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun ini tidak menghalang syarikat ini daripada memperkenalkan generasi baharu telefon pintar flaghsip mereka.

Kini sudah tiba masa Huawei melancarkan generasi baharu didalam siri Huawei P dan secara tradisinya siri ini akan dilancarkan pada bulan Mac.

Menurut satu leakster terkenal, Huawei dijangka akan melancarkan siri Huawei P50 pada penghujung bulan Mac iaitu antara 26 hingga 28 Mac 2021.

Selain itu, sumber ini juga mendedahkan bahawa siri Huawei P50 akan terdiri daripada tiga model iaitu Huawei P50 dengan cipset Kirin 9000E, Huawei P50 Pro dan Huawei P50 Pro+ yang akan menggunakan cipset Kirin 9000.

Huawei P50, P50 Pro, dan P50 Pro+ hampir pasti akan membawakan tetapan kamera yang baru, panel skrin dan kebolehan gaming yang lebih baik.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.