Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Narzo 30 Pro 5G dan Narzo 30A akan dilancarkan pada 24 Februari ini


Beberapa hari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif realme iaitu Madhav Seth telah mengesahkan bahawa syarikat itu telah berjaya menjual 3 juta unit telefon pintar siri Narzo sejak pelancaran siri ini pada bulan Mei 2020.

Selain itu, beliau turut mendedahkan bahawa kotak telefon pintar siri Narzo 30 adalah didalam warna biru seperti yang telah diundi oleh peminat di Twitter.

Bercakap mengenai Siri Narzo 30, telefon pintar ini akan dilancarkan pada 24 Februari  dan sebanyak dua model akan diperkenalkan iaitu Narzo 30 Pro dan Narzo 30A.

Menariknya, realme Narzo 30 Pro akan menjadi telefon pintar 5G pertama siri Narzo dan ianya akan menggunakan cipset MediaTek Dimensity 800U dan turut dilengkapi panel skrin 120Hz.

Selain itu, siri realme Narzo 30 ini akan memasuki pasaran India terlebih dahulu dan pelancaran di pasaran antarabangsa masih belum diketahui.

sumber : Twitter realme

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.