Pameran MWC Barcelona akan berlangsung pada Jun 2021 dengan had 50,000 pengunjung
Pameran elektronik terakhir yang diadakan sebelum penularan Covid-19 adalah CES 2020 yang berlangsung pada Januari yang mungkin juga telah menjadi penyumbang kepada jangkitan kes ini di Amerika Syarikat.
Mobile World Congress atau MWC sepatunya berlangsung pada bulan Februari 2020 namun telah dibatalkan selepas peningkatan kes Covid-19 yang sangat pantas.
Walaubagaimanapun, tahun 2021 bakal menyaksikan MWC kembali diadakan dengan kehadiran orang awam.
John Hoffman, Ketua Pegawai Eksekutif GSMA Limited berkata mengadakan pameran MWC tahun ini memberikan orang ramai harapan dan sesuatu yang normal seperti sebelum Covid-19.
Kebiasaanya, MWC akan berlangsung dua kali setahun iaitu di Barcelona pada bulan Februari dan di Shanghai pada bulan Jun namun pada tahun ini, MWC Shanghai akan berlangsung minggu hadapan
Namun, MWC Shanghai 2021 akan diterhadkan kepada 20,000 pengunjung sahaja, berbanding 60,000 pada 2019.
Dalam pada itu, para pengunjung MWC Barcelona harus mengemukakan laporan ujian Covid-19 didalam 72 jam sebelum ke pameran dan ujian ini juga akan dilakukan di lokasi pameran.
Selain itu, MWC Barcelona 2021 akan dihadkan kepada 50,000 pengunjung sahaja berbanding 100,000 pengunjung.
Walaupun pelbagai langkah diambil, kemungkinan dan risiko penularan virus masih ada.