Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jualan Siri Oppo Reno5 meningkat 200% berbanding Reno4


Siri OPPO Reno5 5G secara rasminya telah memulakan penjualannya pada 27 Januari 2021, membolehkan semua rakyat Malaysia memperkasakan kreativiti mereka dengan ciri-ciri fotografi berprestasi tinggi.

Sejak hari pertama penjualan Siri OPPO Reno5 5G, Reno5 telah memecahkan rekod untuk mencapai 200% lebih banyak penjualan berbanding generasi sebelum ini iaitu OPPO Reno4 dalam jangka harga RM1,500 dan RM2,000 di syarikat telko utama, Senheng dan DirectD.

Siri Oppo Reno5 juga telah menerima banyak respon positif daripada peminat fotografi dan pengguna yang arif dengan teknologi.

Antara teknologi fotografi baru yang diperkenalkan oleh Oppo adalah AI Highlight Video dan Dual-View Video.

Oppo Reno5 dan Oppo Reno5 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,899 dan RM 2,599.

ketahui spesifikasi Oppo Reno5 Pro dan Oppo Reno5 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.