Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mi 11 akan dilancarkan untuk pasaran global pada 8 Februari ini

Telefon pintar flagship terbaru daripada Xiaomi iaitu Mi 11 telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi di pada 8 Februari yang mana pusingan pelancaran kali ini adalah untuk pasaran global.

Xiaomi Mi 11 telah dilancarkan di China pada penghujung Disember 2020 iaitu sebagai antara telefon pintar pertama dengan pemproses Snapdragon 888.

Selain pelancaran global Mi 11, Xiaomi juga dijangka akan memperkenalkan antaramuka terbaru syarikat ini iaitu MIUI 12.5 yang berasaskan Android 11.

Berdasarkan pengesahan rasmi ini, kita mungkin melihat pelancaran Xiaomi Mi 11 ke pasaran Malaysia didalam masa terdekat.

Jika tepat, Xiaomi Mi 11 akan menjadi telefon pintar kedua Xiaomi di Malaysia bagi tahun 2021 iaitu selepas Redmi 9T dilancarkan baru-baru ini.

Xiaomi Redmi 9T kini rasmi – Skrin FHD+, Snapdragon 662 & Bateri 6,000mAh pada harga dari RM 599 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.