Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Watch S Pro akan mula ditawarkan di Malaysia pada 30 Januari ini – RM 599


Jam pintar realme Watch S Pro telah dilancarkan di Malaysia pada 26 Januari yang lalu dan penjualan bagi jam pintar terbaru realme akan berlangsung pada penghujung minggu ini.

realme Watch S Pro akan mula ditawarkan di semua stor realme Brand dan wakil penjual sah rasmi pada 30 & 31 Januari ini pada harga RM 599 sahaja.


realme Watch S Pro yang ditawarkan ini hadir didalam tali silikon berwarna hitam namun jika anda mahu sesuatu yang lebih menyerlah, anda juga boleh mendapatkan tali jam tambahan didalam warna Biru, Oren atau Hijau pada harga RM 49 setiap satu.

Selain itu, jika anda lebih berminat untuk mendapatkanya secara online, realme Watch S Pro boleh dibeli di Lazada dan Shopee mulai 4 Februari 2021.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.