Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Bekas CEO OnePlus, Carl Pei melancarkan syarikat teknologi Nothing

Carl Pei secara rasminya telah mengumumkan syarikat baru miliknya iaitu Nothing dan ianya telah ditubuhkan selepas beliau meninggalkan OnePlus.

OnePlus merupakan syarikat yang telah ditubuhkan oleh beliau bersama-sama Pete Lau yang masih berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif OnePlus..

Nothing adalah syarikat yang berpangkalan di London dan ianya di kategorikan sebagai syarikat teknologi baharu dengan pemikiran yang lebih maju namun buat masa ini masih belum ada sebarang produk dilancarkan buat masa ini.

Pada bulan Disember, Carl Pei telah mendedahkan bahawa beliau telah menerima pelaburan bernilai $7 juta dari nama-nama terkenal seperti Tony Fadell (bekas Ketua Pegawai Eksekutif Nest, pengasas iPod), Kevin Lin (pengasas bersama Twitch), Steve Huffman (pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Reddit), Josh Buckley (CEO Produk Hunt) dan Casey Neistat (YouTuber) .

Bagi anda yang tertanya-tanya bila Nothing akan melancarkan ‘something’ (sesuatu) jawapanya adalah pada suku pertama 2021.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.