Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X7 Pro Malaysia – Teknologi Pengecasan 65W SuperDart Yang Selamat Dan Pantas

realme X7 Pro Malaysia – Teknologi Pengecasan 65W SuperDart Yang Selamat Dan Pantas

realme, syarikat telefon pintar yang terkenal dengan semangat Dare To Leap telah mengumumkan penawaran realme X7 Pro sebagai telefon pintar pertama syarikat ini bagi tahun 2021.

realme X7 Pro memasuki pasaran Malaysia dengan reputasi sebagai telefon pintar yang mampu menjadi telefon pintar terbaik bagi kelas harganya. Selain itu, sebagai sebuah peranti premium, realme juga telah menyertakan teknologi pengecasan pantas 65W SuperDart pada realme X7 Pro.

65W SuperDart Charge 

Proses pengecasan kecekapan tinggi yang ditawarkan pada realme X7 Pro membolehkan tempoh pengecasan bateri 4,500mAh telefon pintar ini berlaku didalam waktu yang pantas tanpa berlakunya pembebasan haba yang tinggi.

Ini membolehkan pengecasan pantas 65W SuperDart mengecas bateri 4,500mAh yang dimiliki realme X7 Pro dalam masa 35 minit sahaja.

Bateri 3C Dual Cell 

realme X7  Pro juga mengaplikasikan penggunaan sel bateri Dual 3C  (4500mAh=2250mAh*2) generasi terkini dan ini membantu meningkatkan kadar input ketika pengecasan dilakukan.


Perlindungan Bateri Pintar 5-teras yang lebih Selamat dan Pantas

realme X7 Pro menawarkan pengguna satu pakej pengecasan pantas yang selamat dan pantas.

Lebih-lebih lagi, realme X7 Pro menampilkan 5 tahap pelindungan pengecasan yang memastikan proses pengecasan bateri yang dimiliki telefon pintar ini berlaku didalam keadaan yang selamat dan efisien.

Algoritma VCVT Intelligent Tuning

Teknologi VCVT Intelligent Tuning Algorithm akan melaras kadar voltan dan arus secara pintar sepanjang proses pengecasan.

Algoritma VFC Trickle Charging 

Algoritma VFC trickle charging disertakan untuk meningkatkan kadar kecekapan pengecasan pada tahap 90% hingga 100%. Menariknya, teknologi Trickle Charging adalah strategi pengecasan yang perlahan untuk melindungi bateri apabila kapasiti bateri sudah hampir mencapai tahap maksima.

Dengan algoritma VFC trickle charging, tahap kelajuan pengecasan boleh ditingkatkan sehingga tahap 200%.

Lebih-lebih lagi, realme X7 Pro juga disertakan dengan teknologi keselamatan bateri yang menyeluruh seperti  Adapter Overload Protection, SuperDart Charge Condition Identification Protection, Interface Overload Protection, Overcurrent-Protection and Voltage Overload Protection dan Battery Fuse Protection.

realme X7 Pro akan mula ditawarkan untuk pembelian pada 2 Februari ini di mana pada hari pertama jualan di Shopee, anda boleh menikmati diskaun tambahan bernilai RM50 yang menjadikan harga realme X7 Pro ini adalah RM1949 berbanding harga asal RM1999.

Beli realme X7 Pro di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.