Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X7 Pro Malaysia – Teknologi Kamera Flagship 64MP dengan Super Nightscape 4.0

realme X7 Pro Malaysia – Teknologi Kamera Flagship 64MP dengan Super Nightscape 4.0

realme merupakan syarikat telefon pintar yang kini boleh dilabel sebagai antara pendahulu industri baik di pasaran global dan tempatan.

Tahun 2020 telah menyaksikan realme menjadi antara syarikat paling berkembang pesat di dunia dan kini memiliki lebih dari 50 juta pengguna global.

Selain itu, semangat Dare to Leap syarikat ini juga telah menyaksikan realme menceburi pasaran produk AIoT dengan lebih agresif selain pelancaran beberapa produk penjagaan diri.

Walaubagaimanapun, realme memberikan keutamaan kepada pasaran telefon pintar tempatan dan ini dibuktikan dengan pelancaran realme X7 Pro sebagai telefon pintar pertama syarikat ini bagi tahun 2021.

Teknologi Kamera 64MP Multi-frame Algorithm

realme X7 Pro dilengkapi dengan teknologi ‘multi-frame synthesis’ yang memberikan anda kualiti gambar setaraf sensor 108MP.

Lebih-lebih lagi, teknologi ini juga membolehkan sensor mengambil beberapa gambar beresolusi 64MP serentak dan menggunakan teknologi ini untuk mengurangkan kekaburan dan meningkatkan keterangan gambar.

Dalam pada, teknologi ini juga membuka kemungkinan fotografi baharu kerana mod 64MP pada realme X7 Pro kini boleh digunakan pada keadaan yang gelap dengan hasil gambar yang lebih teliti dan kurang kabur.


Mod Pro 64MP

realme X7 Pro juga disertakan dengan fungsi kamera Pro 64MP yang menyokong pelbagai parameter kamera seperti kelajuan shutter, ISO, keseimbangan warna putih, dan menyokong pendedahan ‘long exposure’ sehingga 32- saat, 

Walaupun dalam persekitaran cahaya rendah, mod ini dapat menghasilkan foto 64MP dengan perincian gambar yang sangat  mendalam untuk hasil gambar malam yang sangat mengagumkan.

Super Nightscape 4.0

Teknologi fotografi adalah sesuatu yang rumit namun realme telah berjaya menghasilkan satu penyelesaian baru untuk mod malam pada realme X7 Pro dan ianya terdiri daripada 4 mod berlainan.

  • Mod Nightscape Handheld

Di dalam keadaan cahaya yang baik, anda hanya perlu mengaktifkan mod Nightscape pada aplikasi kamera dan muka mengambil gambar Nightscape dengan tangan anda.

 

  • Mod Nightscape Tripod

Jika anda ingin mengambil gambar malam yang lebih berkualiti, mod Tripod adalah sesuatu yang patut anda pertimbangkan kerana ianya mampu menawarkan anda fungsi pengambilan gambar dengan ‘long exposure’ dan proses sintesis pelbagai bingkai untuk hasil gambar malam yang sangat baik.

 

  • Ultra Nightscape Mode

Mod Ultra Nightscape secara pintar mengenali persekitaran yang sangat gelap, ianya mengaktifkan algoritma ‘dark night scene’ yang mempunyai kebolehan untuk mengumpulkan cahaya pada persekitaran yang sangat gelap sekaligus menawarkan anda pengambaran pada keadaan gelas yang ekstrem.

 

  • Mod Pro Nightscape

Didalam mod Pro Nightscape pula, anda mempunyai kebebasan penuh untuk melaras kelajuan shutter, white balance dan para meter lain.

Dengan kualiti sensor utama 64MP dan algoritma pelbagai bingkai, kamera realme X7 Pro menawarkan anda satu kemungkinan fotografi yang lebih terang dan artistik di dalam mod malam

Akhir sekali, kebolehan kamera realme X7 Pro dilihat mempunyai potensi untuk menjadikan telefon pintar ini sebagai antara telefon pintar dengan teknologi kamera terbaik pada kelas harganya.

realme X7 Pro telah dilancarkan secara rasmi pada 26 Januari dengan harga penjualan RM 1,999 namun pada hari jualan pertama di Shopee iaitu pada 2 Februari, anda boleh mendapatkan realme X7 Pro dengan diskaun tambahan bernilai RM 50 menjadikan harga telefon pintar ini hanya RM 1949.

Dapatkan realme X7 Pro di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.