Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi terima Anugerah Jenama Terbaik Tahunan bagi kategori Telefon Pintar & Peranti dari BrandLaureate World’s e-Branding Award


Xiaomi telah menerima Anugerah The BrandLaureate World’s e-Branding Award 2020 – Jenama Terbaik Tahunan dalam kategori Telefon Pintar & Peranti.

Anugerah ini telah dikurniakan oleh The World Brands Foundation (TWBF), sebagai penghargaan terhadap pencapaian Xiaomi yang lebih bermakna pada waktu yang mencabar akibat pandemik COVID-19.

Sebagai tambahan, Brand of The Year 2020 juga telah mengiktiraf pencapaian dan kejayaan yang telah dicapai oleh Xiaomi di Malaysia.

Xiaomi adalah jenama telefon pintar ketiga terbesar di dunia yang juga berada dalam kedudukan lima jenama telefon pintar terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara.

Selain itu, Xiaomi juga kini tersenarai didalam itu senarai Fortune Global 500, iaitu pada kedudukan ke-422.

Tahniah kepada Xiaomi atas pencapaian ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.