Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-tempahan siri Oppo Reno5 kini dibuka – hadiah percuma bernilai RM 397 dan diskaun RM 200


Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa pelancaran siri Oppo Reno5 akan berlangsung pada 18 Januari yang akan menjadi telefon pintar pertama Oppo bagi tahun 2021.

Walaupun pelancaran masih berbaki 2 hari lagi, Oppo Malaysia telah membuka pra-tempahan bagi Oppo Reno5 dan Oppo Reno5 Pro.

Pra-tempahan Siri Oppo Reno5 ini dibuka dari 13 hingga 26 Januari yang mana setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM 397 yang termasuk satu unit TWS Oppo Enco W11, Case fon dan waranti tambahan Oppo Care selama setahun.

Selain itu, bakal pembeli juga akan menerima kod baucar bernilai RM 100 melalui aplikasi My Oppo App.

Bagi tempahan Oppo Reno5 atau Reno5 Pro di Oppo Online Store, anda hanya perlu membayar deposit RM 100 dan menerima diskaun sebanyak RM 200 didalam bentuk kod baucar. (Termasuk deposit).

Pra-tempah Oppo Reno5 dan Reno5 Pro di Oppo Online Store

Oppo Reno5 dan Oppo Reno5 Pro akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Starry Black dan Galatic Silver.

Pra-tempahan Siri Oppo Reno5 juga boleh dibuat di Oppo Brand Store 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.