Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Buds Pro & Galaxy SmartTag dilancarkan secara rasmi

Samsung Galaxy Buds Pro & Galaxy SmartTag dilancarkan secara rasmi 13
Selain pelancaran Siri Samsung Galaxy S21 yang kini telah dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia, Samsung juga telah memperkenalkan beberapa peranti sampingan iaitu Galaxy Buds Pro, Galaxy SmartTag dan Galaxy SmartTag+.

Samsung Galaxy Buds Pro & Galaxy SmartTag dilancarkan secara rasmi 14

Samsung Galaxy Buds Pro

Samsung Galaxy Buds Pro hadir dengan reka bentuk yang sama seperti Galaxy Buds Live dan merupakan TWS yang hadir dengan ergonomik yang lebih baik dan pengunaan yang lebih lama.

Selain itu, TWS terbaru Samsung ini juga terdiri daripada woofer 11mm dan tweeter 6.5 yang menjanjikan kualiti audio yang baik.

Samsung Galaxy Buds Pro & Galaxy SmartTag dilancarkan secara rasmi 15

Samsung Galaxy Buds Pro juga hadir dengan fungsi ANC yang dikatakan mampu menyingkirkan 99% bunyi luaran dan lebih menarik fungsi ANC dan Ambient akan diaktifkan secara automatik tanpa sebarang campur tangan pengguna.

Mikrofon akan sentiasa mengesan suara anda dan jika anda mula bercakap, mod Ambient akan diaktifkan yang membolehkan bunyi luaran didengar oleh anda.

Samsung Galaxy Buds Pro juga hadir dengan bateri 61mAh pada setiap earbuds yang menawarkan 5 jam pendengaran dengan ANC dan 8 jam bagi pendengaran tanpa ANC manakala bekas pengecasan menawarkan antara 18 hingga 28 jam pendengaran ( 5 minit pengecasan memberikan 1 jam pendengaran).

Samsung Galaxy Buds Pro hadir didalam warna Phantom Silver, Phantom Violet dan Phantom Black dengan harga penjualan RM 799.

Samsung Galaxy Buds Pro & Galaxy SmartTag dilancarkan secara rasmi 16

Pra-tempahan kini telah dibuka dan setiap pembelian akan juga menerima Samsung Wireless Charge Pad.

Beli Galaxy Buds Pro di SINI

Samsung Galaxy Buds Pro & Galaxy SmartTag dilancarkan secara rasmi 17

 

Samsung Galaxy SmartTag & SmartTag+

Samsung Galaxy SmartTag merupakan satu tag pengesan yang berfungsi melalui sambungan Bluetooth 5.0 LE dan terdapat satu lagi varian iaitu Galaxy SmartTag+ yang akan dilancarkan tidak lama lagi dan ianya menggunakan teknologi UWB (Ultra Wide Band).

Fungsi pengesan ini adalah untuk mengesan barang berharga anda dan tag ini boleh dipasang pada kunci, beg dompet, beg galas dan juga haiwan peliharaan.

Samsung Galaxy Buds Pro & Galaxy SmartTag dilancarkan secara rasmi 18

Walaubagaimanapun, SmartTag dan SmartTag+ hanya boleh digunakan bersama peranti Samsung Galaxy, tablet dan jam pintar melalui aplikasi Samsung SmartThings App.

SmartTag mempunyai jarak pengesan sehingga 120m, kalis habuk dan air IP53.

Samsung Galaxy SmartTag kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 119.

Beli Samsung SmartTag di SINI

Harga penjualan Galaxy SmartTag+ masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.