Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G vs Apple iPhone 12 Pro Max – Persaingan Merebut Takhta Telefon Pintar Terbaik Pasaran

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G vs Apple iPhone 12 Pro Max - Persaingan Merebut Takhta Telefon Pintar Terbaik Pasaran 1

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G vs Apple iPhone 12 Pro Max

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G vs Apple iPhone 12 Pro Max – Persaingan Merebut Takhta Telefon Pintar Terbaik Pasaran

Pertarungan antara Samsung dan Apple bukan lah sesuatu yang menghairankan dan persaingan sengit antara kedua-dua syarikat gergasi ini telah bermula sejak bermulanya era telefon.

;



Dominasi Samsung didalam pasaran telefon pintar dunia global tidak lagi boleh disangkal oleh mana-mana pihak namun persaingan antara syarikat gergasi ini adalah sangat mengujakan saban tahun.

Tahun 2020 telah menyaksikan Samsung memperkenalkan Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G sebagai model mercu yang juga dilihat sebagai pencabar kepada Apple yang telah memperkenalkan iPhone 12 Pro Max.



Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G vs Apple iPhone 12 Pro Max

Reka Bentuk Tanpa Bezel

Samsung Galaxy Note20 Ultra adalah telefon pintar yang tampil dengan reka bentuk kompak dengan skrin paparan yang lebih besar pada ukuran lebih kurang sama seperti Apple iPhone 12 Pro Max.

Samsung Galaxy Note20 Ultra juga tidak mempunyai sebarang takukan pada skrin dan ianya tampil dengan skrin edge Infinity-O Display berukuran 6.9-inci.

Apple iPhone 12 Pro Max pula tampil dengan skrin paparan berukuran 6.7-inci namun takukan yang menempatkan teknologi pengecaman wajah FaceID dilihat sedikit mencacatkan penampilan telefon pintar premium Apple ini.

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G vs Apple iPhone 12 Pro Max - Persaingan Merebut Takhta Telefon Pintar Terbaik Pasaran 3

Skrin Paparan Dynamic AMOLED 2x 120Hz vs Super Retina XDR 60Hz

Skrin paparan yang digunakan pada Samsung Galaxy Note20 Ultra boleh diklasifikasikan sebagai panel skrin terbaik dipasaran.

Apa yang menarik, panel Dynamic AMOLED 2x yang digunakan pada Samsung Galaxy Note20 Ultra juga memiliki kadar segar semula 120Hz (2 kali ganda kadar bingkai berbanding skrin AMOLED biasa).

Dalam pada itu, Apple iPhone 12 Pro Max yang merupakan telefon pintar mercu Apple hanya hadir dengan panel skrin Retina Display XDR yang membawakan resolusi FHD+ namun hanya pada kadar bingkai maksima 60Hz.

Bercakap mengenai perlindungan bagi panel gelas ini, Samsung Galaxy Note20 Ultra telah menggunakan gelas paling kukuh dipasaran iaitu Corning Gorilla Victus pada bahagian hadapan dan belakang yang memberikan perlindungan pentinh kepada telefon pintar anda dari jatuhan dan calar.

Apple iPhone 12 Pro Max pula menggunakan teknologi perlindungan Ceramic Shield yang didakwa 4 kali lebih kukuh berbanding generasi iPhone yang terdahulu namun ianya dilihat masih belum mampu menawarkan perlindungan seperti pada Samsung Galaxy Note20 Ultra.

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G vs Apple iPhone 12 Pro Max - Persaingan Merebut Takhta Telefon Pintar Terbaik Pasaran 4

Dua kali Ganda Kapasiti RAM

Samsung Galaxy Note20 Ultra menggunakan cipset terbaik dipasaran iaitu Snapdragon 865+/ Exynos 990 dan ianya dipadankan dengan kapasiti RAM 12GB dan storan 256Gb jenis UFS 3.0.

Lebih-lebih lagi, jika storan tidak mencukupi, anda pasti lega bahawa Samsung Galaxy Note20 Ultra menawarkan slot microSD yang menyokong tambahan sehingga 1TB storan.

Walapun tidak didedahkan secara rasmi, Apple iPhone 12 Pro Max dikatakan mempunyai 6GB RAM dan ianya dipadankan dengan kapasiti storan sehingga 512GB (harga adalah berbeza mengikut storan) namun anda tidak mempunyai pilihan untuk menambahkan storan melalui slot microSD.

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G vs Apple iPhone 12 Pro Max - Persaingan Merebut Takhta Telefon Pintar Terbaik Pasaran 5

Bateri Yang Lebih Besar dan Pengecasan Pantas Yang Lebih Pantas

Samsung Galaxy Note20 Ultra hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang mampu menawarkan anda sehingga satu penggunaan tanpa perlu mengecas semula.

Selain itu, kapasiti bateri Apple iPhone 12 Pro Max tidak didedahkan secara rasmi namun ianya dikatakan mempunyai bateri berkapasiti 3,687mAh.

Dengan dunia semakin mengorak langkah ke era 5G, kapasiti bateri yang tinggi dijangka akan menjadi pilihan kepada pengguna kerana 5G dilihat akan meningkatkan pengunaan bateri sekitar 20%.

Bercakap mengenai pengecasan pantas yang ditawarkan, Samsung Galaxy Note20 Ultra tampil dengan pengecasan pantas 25W yang memberikan anda sehingga 50% pengecasan dalam masa 30 minit manakala Apple iPhone 12 Pro Max tampil dengan pengecasan pantas 18W.

Lebih-lebih lagi, pengecasan tanpa wayar pada Samsung Galaxy Note20 Ultra boleh mencapai output 15W dengan menggunakan mana-mana pengecasan tanpa wayar manakala Apple hanya menyokong output pengecasan 7.5W dengan pengecasan tanpa wayar Qi.

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G vs Apple iPhone 12 Pro Max - Persaingan Merebut Takhta Telefon Pintar Terbaik Pasaran 6

Spesifikasi Kamera Terbaik Dipasaran

Samsung Galaxy Note20 Ultra hadir dengan spesifikasi kamera yang pasti menjadi idaman pengguna.

Samsung Galaxy Note20 Ultra hadir dengan sensor utama 108MP, satu sensor ultrawide 12MP dan satu sensor telefoto 12MP yang menawarkan pengguna 5x zoom optik dan 50x super resolution zoom.

Apple iPhone 12 Pro Max pula tampil dengan sensor utama 12MP, sensor ultrawide 12MP dan sensor telefoto 12MP yang juga menawarkan pengzooman optik 2.5x.

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G vs Apple iPhone 12 Pro Max - Persaingan Merebut Takhta Telefon Pintar Terbaik Pasaran 7

Bercakap mengenai kamera selfie pula, Samsung Galaxy Note20 Ultra menampilkan kamera hadapan 10MP manakala Apple iPhone 12 Pro Max juga hadir dengan kamera selfie 10MP.

Selain itu, keupayaan kamera Samsung Galaxy Note20 Ultra pada waktu malam adalah lebih baik dan anda boleh mengaktifkanya mengikut keperluan yang berlainan daripada sistem mod malam Apple yang hanya diaktifkan secara automatik apabila sensor mengesan keadaan cahaya yang malap.

Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G vs Apple iPhone 12 Pro Max - Persaingan Merebut Takhta Telefon Pintar Terbaik Pasaran 8

Samsung Galaxy Note20 Ultra kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 5,199 didalam tiga pilihan warna iaitu Mystic Bronze, Mystic White dan Mystic Black.

Apple iPhone 12 Pro Max pula bermula pada harga RM 5,299 iaitu bagi kapasiti 128GB manakala kapasiti 256GB ditawarkan pada harga RM 5,799 diikuti kapasiti 512GB pada harga RM 6,299.

Perbandingan antara Samsung Galaxy Note20 Ultra dan Apple iPhone 12 Pro Max memberikan kita gambaran jelas bahawa Samsung Galaxy Note20 Ultra menawarkan anda lebih banyak kelebihan pada harga yang lebih rendah.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang rasmi Samsung Mobile di : http://bit.ly/3qcErN8

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.