Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A32 5G kini rasmi – telefon pintar 5G termurah keluaran Samsung

Samsung Galaxy A32 5G kini rasmi - telefon pintar 5G termurah keluaran Samsung 5
Samsung secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar 5G keluaran mereka iaitu Samsung Galaxy A32 5G.

Samsung Galaxy A32 5G akan mula memasuki pasaran Eropah pada bulan Februari dengan harga penjualan serendah €280 atau sekitar RM 1,371 sahaja.

Samsung Galaxy A32 hadir dengan skrin paparan FTF HD+ berukuran 6.5-inci dan ianya merupakan panel Infinity-V yang menempatkan kamera selfie 13MP.

Beralih kepada pemproses, Galaxy A32 5G dikatakan hadir dengan pengunaan cipset Dimensity 720 namun Samsung tidak memberikan sebarang maklumat rasmi memgenai jenis cipset yang digunakan dan ianya dipadankan dengan kapasiti RAM sehingga 8GB manakala storan dalaman adalah sehingga 128GB.

Samsung Galaxy A32 5G kini rasmi - telefon pintar 5G termurah keluaran Samsung 6

Keperluan tenaga yang diperlukan rangkaian 5G menyaksikan Samsung menyertakan bateri berkapasiti 5,000mAh yang juga menyokong pengecasan pantas 15W (USB-C) dan terdapat juga sensor capjari pada bahagian sisi.

Samsung Galaxy A32 5G juga hadir dengan tetapan quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 48MP f/1.8, sensor ultrawide 8MP, sensor makro 5MP dan sensor depth 5MP.

Samsung Galaxy A32 5G ditawarkan didalam 4 warna iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue dan Awesome Violet.

Berikut adalah harga jualan Samsung Galaxy A32 5G :

Samsung Galaxy A32 5G 64GB – €280 (RM 1,377)

Samsung Galaxy A32 5G 128GB – €300 (RM 1,476)

Harga penjualan Samsung Galaxy A32 5G dipasaran lain masih belum diketahui namun ada potensi untuk telefon pintar in ditawarkan pada harga bawah RM 1,000 di Malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.