Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iQOO 7 kini rasmi dengan Snapdragon 888 , Skrin AMOLED 120Hz dan Pengecasan Pantas 120W pada harga dari RM 2,371

iQOO 7 kini rasmi dengan Snapdragon 888 , Skrin AMOLED 120Hz dan Pengecasan Pantas 120W pada harga dari RM 2,371 7iQOO secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu iQOO 7 yang meneruskan lagi evolusi anak syarikat Vivo ini.

iQOO 7 merupakan model terbaru syarikat ini dan ianya hadir dengan pemproses Snapdragon 888, teknologi pengecasan pantas 120W dan beroperasi pada antaramuka Origin OS yang berasaskan Android 11.

Bercakap mengenai skrin paparan, iQOO 7 hadir dengan skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.62-inci dan panel skrin ini juga mempunyai kadar pensampelan 300Hz selain kadar pensampelan sentuhan sehingga 1000Hz untuk respon pantas ketika gaming.

iQOO 7 kini rasmi dengan Snapdragon 888 , Skrin AMOLED 120Hz dan Pengecasan Pantas 120W pada harga dari RM 2,371 8

Panel skrin ini juga hadir dengan bahagian sensitif tekanan pada mod skrin landskap (bahagian kiri dan kanan) dan menyokong kandungan HDR10+.

Panel skrin ini juga menempatkan kamera selfie 16MP pada lubang punch-hole dan terdapat dwi-speaker Hi-Res Audio yang dibangunkan dengan kerjasama Monster Audio.

Pemproses Snapdragon 888 pada iQOO 7 juga disertakan dengan sehingga 12GB RAM jenis LPDDR5 dan storan sehingga 256GB jenis UFS 3.1 dengan Multi-Turbo 5.0.

Pada bahagian belakang, iQOO 7 tampil dengan sensor tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama 48MP dengan OIS, satu sensor ultrawide 13MP dengan 120° FOV dan telefoto 13MP (50mm).

iQOO 7 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang terdiri daripada dua sel 2,000mAh untuk mencapai kelajuan pengecasan 120W yang membolehkan peranti dicaj penuh dalam masa 15 minit sahaja.

iQOO 7 kini rasmi dengan Snapdragon 888 , Skrin AMOLED 120Hz dan Pengecasan Pantas 120W pada harga dari RM 2,371 9

iQOO 7 akan ditawarkan didalam warna light blue, black dan White edisi BMW M-sport.

Berikut adalah harga penjualan iQOO 7 :

iQOO 7 8/128GB – CNY 3,798 (RM 2,371)

iQOO 7 12/256GB – CNY 4,198 (RM 2,621)

Buat masa ini iQOO 7 hanya ditawarkan dipasaran China dan status pelancaran antarabangsa masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.