Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy S20 Fan Edition – Pemproses Snapdragon 865 Pada Peranti Flaghsip Samsung

ULASAN : Samsung Galaxy S20 Fan Edition - Pemproses Snapdragon 865 Pada Peranti Flaghsip Samsung 17Pengenalan

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Samsung kebiasaanya akan memperkenalkan telefon pintar flagship mereka yang mana ianya akan hadir didalam dua versi dengan perbezaan dari segi cip pemprosesan dalaman.

Siri Samsung Galaxy S dan Siri Samsung Galaxy Note yang ditawarkan di Malaysia secara tradisinya adalah versi yang menggunakan cipset Exynos.

Kami tidak sini tidak mahu memandang rendah kemampuan cipset Exynos, namun rintihan kebanyakkan pengguna di Malaysia adalah kenapa versi yang menggunakan cipset Snapdragon tidak ditawarkan di pasaran tempatan.

Siri Samsung Galaxy S20 yang dilancarkan ke pasaran pada awal tahun 2020 juga menyaksikan Galaxy S20 dan S20 Ultra hadir dengan cipset Exynos.

Walaubagaimanapun, secara tiba-tiba Samsung telah mengumumkan pelancaran Samsung Galaxy S20 Fans Edition yang kini ditawarkan di Malaysia dan lebih penting ianya ditawarkan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 865.

Pelancaran Samsung Galaxy S20 Fans Edition meletakkan telefon pintar ini diantara Galaxy S20 dan Galaxy S20 Ultra.

Berikut adalah ulasan Samsung Galaxy S20 Fan Edition 5G yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,399.

ULASAN : Samsung Galaxy S20 Fan Edition - Pemproses Snapdragon 865 Pada Peranti Flaghsip Samsung 18
Reka Bentuk

Walaupun S20 FE merupakan satu lagi model didalam keluarga flaghsip Galaxy S terbaru, telefon pintar ini tidak mempunyai terjemahan reka bentuk yang sama.

Pada bahagian hadapan, Galaxy S20 FE menampilkan reka bentuk skrin infinity-O yang bermaksud panel skrin ini mempunyai lubang punch-hole dibahagian tengah.

Selain itu, bezel pada keliling skrin juga sedikit tebal yang sedikit sebanyak meletakkan telefon pintar ini mirip siri Galaxy A berbanding siri Galaxy S.

ULASAN : Samsung Galaxy S20 Fan Edition - Pemproses Snapdragon 865 Pada Peranti Flaghsip Samsung 19

Selain itu, Samsung juga telah memilih untuk menggunakan panel skrin yang rata namun anda pasti lega kerana panel ini masih merupakan skrin AMOLED.

Beralih kepada bahagian belakang pula, Galaxy S20 FE juga telah ‘kehilangan’ panel gelas seperti pada keluarga S20 yang lain dimana ianya digantikan dengan panel plastik dengan kemasan matte yang anti-capjari.

Samsung Galaxy S20 FE juga ditawarkan didalam pelbagai warna iaitu sehingga 6 pilihan iaitu Navy, Lavender( unit reviu kami), Mint, Red, Orange, dan White

Selain itu, Samsung masih mengekalkan pengunaan rangka aluminum seperti pada model S20 yang lain.

Ukuran dimensi Samsung Galaxy S20 FE adalah 159.8×74.5×8.4mm dengan berat 190gram.

ULASAN : Samsung Galaxy S20 Fan Edition - Pemproses Snapdragon 865 Pada Peranti Flaghsip Samsung 20

Skrin Paparan

Samsung Galaxy S20 FE 5G ini tampil dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.5-inci dan ianya disertakan dengan kadar segar semula 120Hz yang meletakkanya setaraf dengan panel skrin S20 Ultra dan Note20 Ultra namun panel pada S20 FE tidak mempunyai penjenamaan Dynamic.

Selain itu, Galaxy S20 FE merupakan satu-satunya model didalam keluarga S20 untuk tampil dengan skrin paparan FHD+ namun model S20 lain hanya menyokong kadar segar semula 120Hz pada resolusi 1080p.

Panel skrin Samsung Galaxy S20 FE ini tampil dengan kepadatan piksel 393ppi dan harus juga kami bagi tahu bahawa panel skrin ini tidak menyokong adaptive refresh rate yang bermaksud tetapan kadar segala semula harus dibuat secara manual di bahagian tetapan dan tidak berubah mengikut keperluan kandungan pada paparan.

Walaubagaimanapun, jika anda bermain permainan video yang tidak menyokong 120Hz, panel skrin ini akan menggunakan kadar tertinggi yang disokong pada permainan video tersebut (kebanyakkan permainan video menyokong kadar segar semula 60Hz).

Akhir sekali, Samsung S20 FE juga menawarkan pengguna dua mod skrin iaitu Natural dan Vivid.

ULASAN : Samsung Galaxy S20 Fan Edition - Pemproses Snapdragon 865 Pada Peranti Flaghsip Samsung 21

Pemproses

Nama Fan Edition pada Samsung Galaxy S20 FE ini ternyata boleh digunapakai pada bahagian ini kerana telefon pintar ini hadir dengan cipset yang memang dinantikan kemunculanya ke pasaran Malaysia ( pada telefon pintar flagship Samsung).

Samsung Galaxy S20 FE menjadi telefon pintar kelas flaghsip pertama Samsung untuk hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 865 dan telefon pintar ini ditawarkan dengan 8GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Prestasi keseluruhan S20 FE ternyata setaraf dengan telefon pintar lain dipasaran yang menggunakan cipset SD 865 dan sedikit lebih baik berbanding versi Galaxy S20 FE 4G yang menggunakan cipset Exynos 990 yang turut ditawarkan di Malaysia pada harga yang lebih murah.

Jika anda ingin menikmati prestasi telefon pintar flagship dengan sokongan rangkaian 5G untuk kegunaan jangka masa panjang, kami menyarankan anda untuk memilih varian 5G.

Samsung Galaxy S20 FE juga hadir dengan sensor capjari terbina dalam skrin dan tidak lupa antaramuka OneUI 2.5 yang berasaskan Android 10 namun ianya juga telah disahkan akan menerima kemaksini sehingga Android 13.

ULASAN : Samsung Galaxy S20 Fan Edition - Pemproses Snapdragon 865 Pada Peranti Flaghsip Samsung 22

Kamera

Samsung Galaxy S20 Fan Edition tampil dengan sistem kamera yang berbeza dari Galaxy S20 dan Galaxy S20+.

Walaubagaimanapun sensor utama Galaxy S20 FE ini adalah sama dengan model lain didalam siri ini iaitu sensor utama 12MP yang memiliki 1.8µm piksel dan aperture f/1.8.

Selain itu, sensor ultrawide pada Galaxy S20 FE adalah unit 12MP yang mempunyai fov 123° dengan aperture f/2.2.

Dalam pada itu, sistem kamera Samsung Galaxy S20 FE ini disempurnakan dengan satu sensor telefoto 8MP yang memiliki aperture f/2.4.

Pada bahagian hadapan pula, Samsung Galaxy S20 FE disertakan dengan sensor kamera Quad Bayer 32MP yang mempunyai aperture f/2.2 namun ketiadaan pemfokusan auto adalah satu kekurangan yang jelas.

Kualiti gambar yang diambil pada Galaxy S20 FE adalah baik dan pasti memberikan anda satu kualiti fotografi yang memuaskan.

Namun harus juga dipertimbangkan bahawa penggunaan cipset Snapdragon 865 juga memberikan pemprosesan imej yang lebih baik berbanding peranti dengan cipset Exynos.

ULASAN : Samsung Galaxy S20 Fan Edition - Pemproses Snapdragon 865 Pada Peranti Flaghsip Samsung 39
Bateri

Samsung Galaxy S20 FE ditawarkan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang sama seperti pada Galaxy S20+ dan Note20 Ultra.

Walaubagaimanapun, jangka hayat bateri Galaxy S20 FE dijangka sedikit terjejas kerana ketiadaan fungsi smart adaptive yang mengubah kadar segar semula skrin mengikut keperluan kandungan pada skrin.

Beralih kepada teknologi pengecasan pula, Galaxy S20 FE disertakan dengan pengecasan pantas 25W namun didalam kotak hanya pengecasan 15W disertakan.

Ini bermaksud pengecasan penuh dari 0 ke 100% mengambil masa 1 jam 35 minit namun dengan pengunaan adapter 25W, pengecasan penuh boleh dicapai didalam masa sekitar 70 minit.

Selain itu, Galaxy S20 FE juga hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar pada kadar 15W selain fungsi pengecasan berbalik ‘wireless power share’.

ULASAN : Samsung Galaxy S20 Fan Edition - Pemproses Snapdragon 865 Pada Peranti Flaghsip Samsung 40
Penutup

Samsung Galaxy S20 FE ternyata memenuhi hajat pengguna di Malaysia yang sudah lama mahu telefon pintar flaghsip dengan cipset Snapdragon.

Walaubagaimanapun, pengunaan cipset Snapdragon juga telah menyaksikan telefon pintar ini kehilangan beberapa ciri flagship lain yang ditawarkan pada siri Galaxy S dan Galaxy Note.

Samsung Galaxy S20 FE 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,399 didalam 6 pilihan warna iaitu Cloud Navy, Cloud Lavender, Cloud Mint, Cloud Red, Cloud Orange dan Cloud White.

Selain itu, Samsung Galaxy S20 FE 4G juga ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan iaitu hanya RM 2,699.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.