Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri HUAWEI nova 8 kini rasmi dengan cip Kirin 985 5G dan pengecasan pantas 66W pada harga dari RM 2,050

Siri HUAWEI nova 8 kini rasmi dengan cip Kirin 985 5G dan pengecasan pantas 66W pada harga dari RM 2,050 11
HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan siri nova 8 ke pasaran China dan ianya terdiri daripada dua model iaitu nova 8 dan nova 8 Pro yang menampilkan penggunaan cipset Kirin 985 yang menyokong rangkaian 5G.

Siri HUAWEI nova 8 kini rasmi dengan cip Kirin 985 5G dan pengecasan pantas 66W pada harga dari RM 2,050 12

HUAWEI nova 8 

Huawei nova 8 hadir dengan skrin paparan 90Hz berukuran 6.57-inci dan ianya adalah panel OLED yang turut menampilkan lubang punch-hole ditengah yang menempatkan kamera selfie 32MP selain sensor capjari terbina dalam skrin.

nova 8 juga tampil dengan reka bentuk modul kamera yang unik dimana ianya menempatkan 4 sensor kamera iaitu sensor utama 64MP, sensor ultrawide 8MP, sensor depth 2MP dan sensor makro juga pada resolusi 2MP.

Seperti yang dimaklumkan pada bahagian atas, nova 8 tampil dengan cipset Kirin 985 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan dua pilihan storan dalaman iaitu 128 atau 256GB.

Selain itu, Huawei nova 8 juga hadir dengan EMUI 11 yang berasaskan Android 10 dan tampil bersama Huawei Mobile Services.

Bercakap mengenai bateri, Huawei nova 8 disertakan dengan bateri berkapasiti 3,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.

Siri HUAWEI nova 8 kini rasmi dengan cip Kirin 985 5G dan pengecasan pantas 66W pada harga dari RM 2,050 13

Huawei nova 8 akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu silver, purple, green dan black dengan harga penjualan seperti berikut ;

Huawei nova 8 8/128GB – CNY 3,299 (RM 2,050)

Huawei nova 8 8/256GB – CNY 3,699 (RM 2,299)

Siri HUAWEI nova 8 kini rasmi dengan cip Kirin 985 5G dan pengecasan pantas 66W pada harga dari RM 2,050 14

Huawei Nova 8 Pro

Huawei nova 8 Pro pula hadir dengan skrin paparan OLED melengkung yang lebih besar iaitu 6.72-inci dengan kadar segar semula adalah 120Hz dan panel ini juga mempunyai lubang punch-hole berbentuk pil yang menempatkan dwi-kamera selfie 16MP + 32MP ultrawide (sensor capjari terbina dalam skrin).

Siri HUAWEI nova 8 kini rasmi dengan cip Kirin 985 5G dan pengecasan pantas 66W pada harga dari RM 2,050 15
Beralih kepada kamera, nova 8 Pro tampil dengan tetapan kamera yang sama seperti nova 8 dan hal ini juga sama bagi antaramuka EMUI 11 yang berasaskan Android 10 dan Huawei HMS.

nova 8 Pro juga disertakan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang membawakan sokongan pengecasan pantas 66W.

nova 8 Pro juga akan ditawarkan didalam warna  silver, purple, green dan black dengan harga penjualan seperti berikut ;

Huawei nova 8 Pro 8/128GB – CNY 3,999 (RM 2,050)

Huawei nova 8 Pro 8/256GB – CNY 4,399 (RM 2,299)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.