Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia 5.4 kini rasmi dengan Snapdragon 662 & Bateri 4,000mAh

Nokia 5.4 Malaysia
Nokia meneruskan lagi trend pelancaran telefon pintar mid-range dengan memperkenalkan Nokia 5.4 yang akan memasuki pasaran pada harga sekitar €189 (RM 932).

Nokia 5.4 hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.39-inci dengan resolusi HD+ dan panel skrin jenis punch-hole ini juga menempatkan kamera selfie 16MP.

Nokia 5.4 juga tampil dengan tetapa quad kamera yang terdiri daripada sensor utama 48MP, sensor ultrawide 5MP dan dua sensor 2MP untuk fotografi makro dan depth.

Dari segi dalaman, Nokia 5.4 tampil dengan pemproses Snapdragon 662 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan terdapat dua pilihan storan dalaman iaitu 64 atau 128GB.

Nokia 5.4 akan dilancarkan dengan Android 10 namun kemaskini Android 11 dijangka akan tiba didalam masa terdekat.

Selain itu, Nokia 5.4 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pada kadar 10W.

Akhir sekali, telefon pintar terbaru Nokia ini akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu ungu atau biru pada harga €189 (RM 932) dan ianya akan memasuki pasaran Eropah, India, Amerika Selatan, Amerikq Utara, Timur Tengah, Afrika dan Asia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.