Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 7 5G – Bateri 5,000mAh & Teknologi Pengecasan Pantas 30W Dart Charge Generasi Baharu

realme 7 5G – Bateri 5,000mAh & Teknologi Pengecasan Pantas 30W Dart Charge Generasi Baharu

realme 7 5G - Bateri 5,000mAh & Teknologi Pengecasan Pantas 30W Dart Charge Generasi Baharu 15
realme merupakan syarikat yang telah menjual lebih daripada 50 juta unit telefon pintar di pasaran global.

Kepakaran realme didalam menawarkan telefon pintar yang sentiasa memenuhi keperluan pengguna telah terbukti dengan kejayaan demi kejayaan yang dikecapi syarikat yang terkenal dengan semangat ‘Dare to Leap’ ini.

Selain impian untuk bergelar raja di pasaran telefon pintar global, realme juga telah mengembangkan sayapnya ke pasaran produk AIoT dan penjagaan diri yang juga menyaksikan realme menawarkan pelbagai produk yang mendapat permintaan baik daripada pengguna.

Terbaru, realme telah mengumumkan bahawa realme 7 5G akan memasuki pasaran Malaysia dan ianya akan memberikan pengguna tempatan akses teknologi perhubungan masa hadapan pada yang harga lebih berpatutan.

realme 7 5G - Bateri 5,000mAh & Teknologi Pengecasan Pantas 30W Dart Charge Generasi Baharu 16

Bateri Berkapasiti Tinggi 5000mAh + 30W Dart Charge 

realme 7 5G menjadi satu lagi telefon pintar realme untuk hadir dengan bateri 5,000mAh yang dilihat sebagai kapasiti minima bagi syarikat ini.

Selain itu, bateri 5,000mAh yang digunakan pada realme 7 5G memastikan keperluan tenaga bagi rangkaian perhubungan 5G dapat dipenuhi tanpa sebarang masalah.

realme 7 5G - Bateri 5,000mAh & Teknologi Pengecasan Pantas 30W Dart Charge Generasi Baharu 17

Lebih-lebih lagi, realme 7 5G juga disertakan dengan teknologi pengecasan pantas 30W Dart Charge yang telah ditambah baik.

Sehubungan dengan itu, teknologi pengecasan 30W Dart Charge membolehkan bateri berkapasiti 5,000mAh yang disertakan pada realme 7 5G mampu dicas dari 0% hingga 100% didalam masa 65 minit sahaja atau jika anda didalam situasi tergesa-gesa,  teknologi ini menawarkan anda pengecasan ke tahap 50% didalam masa 26 minit sahaja.

realme 7 5G - Bateri 5,000mAh & Teknologi Pengecasan Pantas 30W Dart Charge Generasi Baharu 18

Dalam pada itu, kebolehan pengecasan realme 7 5G tidak hanya terbatas kepada 30W Dart Charge, ianya juga disertakan dengan sokongan pengecasan 15W PD charge yang pasti berguna ketika anda didalam situasi tertinggal adapter pengecasan anda.

Algoritma pengecasan yang dibangunkan untuk realme 7 5G merangkumi lima lapisan pelindungan keselamatan dan memberikan pelindungan keselamatan pada komponen  sepanjang proses pengecasan.

realme 7 5G - Bateri 5,000mAh & Teknologi Pengecasan Pantas 30W Dart Charge Generasi Baharu 19

App Quick Freeze

App Quick Freeze membolehkan realme 7 5G ‘membekukan’ aplikasi yang jarang digunakan daripada menggunakan tenaga bateri pada latar belakang manakala Screen Battery Optimizations pula akan mengurangkan kesan grafik pada skrin tanpa sebarang perbezaan ketara sekaligus meningkatkan lagi tahap ketahanan bateri.

realme 7 5G - Bateri 5,000mAh & Teknologi Pengecasan Pantas 30W Dart Charge Generasi Baharu 20

Mod Super Power Saving 

Di dalam mod ini, realme menawarkan pengguna pilihan untuk menetapkan 6 aplikasi utama yang mahu dikekal aktif untuk mencapai tahap jangka hayat bateri yang paling efisien namun pada masa yang sama telefon pintar akan mengaktifkan mod penjimatan bateri yang lebih agresif. 

Dalam pada itu, kajian yang dijalankan di realme Lab, seorang pengguna secara puratanya hanya menggunakan 6 aplikasi (70-80% ketika penggunaan telefon pintar).

Dengan ini, mod Super Power Saving memberikan pengguna keyakinan kepada pengguna bahawa penjimatan bateri boleh dilakukan tanpa sebarang kesan kepada penggunaan harian.

Dalam pada itu, 5% pengecasan didalam mod Super Saving juga membolehkan anda menggunakan aplikasi WhatsApp selama 70 minit atau mendengar muzik di Spotify untuk tempoh 5 jam.

realme 7 5G - Bateri 5,000mAh & Teknologi Pengecasan Pantas 30W Dart Charge Generasi Baharu 21

Akhir sekali, realme 7 5G telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 17 Disember ini dan anda boleh menonton detik pelancaran telefon pintar 5G terbaru realme ini di Facebook realme Malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.