Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Huawei P50 dijangka akan hadir dengan cip Kirin 9000 & teknologi kamera terbaru Leica

Siri Huawei P50 dijangka akan hadir dengan cip Kirin 9000 & teknologi kamera terbaru Leica 1

Siri Huawei P50 dijangka akan hadir dengan cip Kirin 9000 & teknologi kamera terbaru Leica 2
Selepas pelancaran siri Huawei Mate40 bulan lalu, Huawei kini telah mula mengalihkan perhatian kepada pelancaran generasi baru siri Huawei-P walaupun terdapat pelbagai halangan daripada penyenaraian hitam oleh Kerajaan AS.

Huawei dijangka akan melancarkan siri Huawei P50 pada pertengahan pertama tahun 2021 yang bermaksud pelancaran generasi baru ini adalah lebih kurang sama seperti pelancaran generasi sebelum ini iaitu pada bulan Mac atau April.

Bercakap sedikit mengenai Siri Huawei P50, laporan media menyebut bahawa Samsung Display dan LG Display akan membekalkan panel OLED bagi model baru ini dan kedua-dua syarikat ini juga telah memperoleh lesen untuk berkerjasama dengan Huawei.

Selain itu, Huawei juga dijangka akan menggunakan cip Kirin 9000 pada siri Huawei P50 walaupun pada awalnya terdapat keraguan samada Huawei mempunyai bekalan yang mencukupi untuk menggunakan cipset ini pada siri P50.

Huawei telah menyimpan lebihan stok cip Kirin 9000 sebelum bekalan daripada TSMC ditamatkan dan lebihan ini juga mungkin disebabkan penjualan Honor yang tidak lagi akan mengunakan cip Kirin.

Selain itu, siri Huawei P50 juga akan menampilkan teknologi kamera yang akan meletakkan kembali Huawei sebagai pengeluar telefon pintar dengan teknologi kamera terbaik dipasaran.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.