Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C15 kini rasmi di Malaysia – Snapdragon 460 & Bateri 6,000mAh dengan 18W Fast Charge pada harga RM 599 sahaja



realme Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan realme C15 ke pasaran tempatan sebagai satu lagi ahli didalam kelas entry-level.

realme C15 menampilkan reka bentuk Geometric Gradient yang memberikan anda satu kemasan panel belakang yang sangat elegan.

Terus kepada spesfikasi, realme C15 hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci yang turut menempatkan kamera selfie 8MP pada panel waterdrop.

Selain itu, realme C15 juga dilengkapi cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 460, 4GB RAM dan 64B storan dalaman.

Beralih kepada kamera, realme C15 menampilkan pengunaan quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 13MP, sensor ultrawide-angle 8MP, sensor B&W 2MP dan sensor makro 2MP.

Bercakap mengenai bateri, realme C15 memiliki bateri berkapasiti 6,000mAh yang membawakan sokongan pengecasan pantas 18W.

realme C15 juga membawakan sokongan Tri-Slot, realme UI (Android 10) dan sensor capjari.

realme C15 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Marine Blue dan Seagull Silver pada harga RM 599 sahaja.

Pembelian realme C15 boleh dilakukan di Shopee mulai tengah malam ini (25 November) dan dengan pembelian realme C15, anda juga boleh memiliki realme Watch pada harga RM 99 sahaja.

Selain itu, pembelian secara offline pula akan bermula pada 28 November ini di semua saluran penjualan rasmi dan setiap pembelian realme C15 melalui saluran ini akan menerima Foldable Desktop Phone Stand.

realme C15 juga telah disahkan akan ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi Digi mulai 26 November ini.

Selain itu, realme Malaysia juga telah mengesahkan realme C15 didalam kapasiti 4GB RAM dan 128GB storan dalaman juga akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi pada harga RM 699 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.