Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

DJI Mini 2 kini rasmi dengan OcuSync 2.0, rakaman video 4K dan jarak penerbangan sehingga 10KM pada harga serendah RM 1,899

Dji mini 2 malaysia
DJI secara rasminya telah melancarkan dron kompak terbaru mereka iaitu DJI Mini 2 yang merupakan generasi baru DJI Mavic Mini.

DJI Mini 2 hadir dengan reka bentuk yang sama seperti DJI Mavic Mini dengan berat hanya 249gram namun ianya telah diberikan pelbagai penambahbaikan.

DJI Mini 2 kini hadir dengan OcuSync 2.0 yang merupakan teknologi transmisi terkemuka DJI yang memberikan jarak penerbangan yang lebih jauh dan stabil.

DJI Mini 2 kini boleh terbang pada jarak maksima 10KM dengan waktu penerbangan adalah sekitar 31 minit dan mampu menahan kelajuan angin sehingga 24mph.

Selain itu, DJI Mini 2 juga hadir dengan Geo Fencing, Return to Home, Altitude Lock dan banyak lagi.

DJI Mini 2 juga dilengkapi dengan sensor 1/2.3-inci yang mampu merakam gambar 12MP, rakaman video 4K/30fps@100Mbps, format imej JPEG dan RAW serta pengzooman 4x (2x zoom losses).

DJI Mini 2 akan mula ditawarkan di Malaysia dari 10 November ini pada harga penjualan RM 1,899 iaitu bagi standard package manakala Fly More Combo akan ditawarkan pada harga RM 2,499 sahaja.

Pembelian boleh dilakukan di stor flagship DJI, wakil penjual rasmi dan stor rasmi DJI di Shopee dan Lazada.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.