Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : realme narzo 20 Pro – Skrin 90Hz & 65W SuperDart Charge Pada Harga Serendah RM 1,199

ULASAN : realme narzo 20 Pro - Skrin 90Hz & 65W SuperDart Charge Pada Harga Serendah RM 1,199 21
Pengenalan

  realme Malaysia baru-baru ini telah memberikan kejutan apabila telah mengumumkan bahawa siri telefon pintar narzo akan memasuki pasaran Malaysia.

Ini merupakan kali pertama siri telefon pintar narzo ke pasaran Malaysia dan sebagai permulaan, realme Malaysia telah mengesahkan bahawa realme narzo 20 Pro akan menjadi model pertama yang menjejaki pasaran tempatan.

Siri narzo by realme masih merupakan produk yang mengekalkan DNA realme dengan penawaran siri ini dikatakan adalah 100% secara atas talian melalui platfrom e-dagang.

Selain menampilkan logo narzo yang lebih menonjol, narzo by realme juga hadir dengan slogan yang tersendiri iaitu “Entertainment For You”.

realme Malaysia telah berbesar hati untuk menghantar unit ulasan realme narzo 20 Pro kepada kami dan berikut adalah ulasan telefon pintar pertama siri narzo by realme di Malaysia.

realme narzo 20 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,199 namun pada 11 November, anda boleh mendapatkanya pada harga yang lebih murah. untuk mengetahui berapakah harga tersebut, baca sampai akhir ulasan ini.

ULASAN : realme narzo 20 Pro - Skrin 90Hz & 65W SuperDart Charge Pada Harga Serendah RM 1,199 22
Reka Bentuk

realme narzo 20 Pro menampilkan reka bentuk yang premium dengan iaitu panel belakang yang diberi nama Victory Design.

Ianya tampil dengan panel yang berkilat yang secara langsung bermaksud ianya amat menyukai capjari dan terdapat refleksi bentuk ‘V’ apabila dianya terdedah kepada cahaya dari pelbagai sudut.

ULASAN : realme narzo 20 Pro - Skrin 90Hz & 65W SuperDart Charge Pada Harga Serendah RM 1,199 23
Selain itu, panel belakang ini juga menampilkan logo narzo by realme yang memberikanya sedikit perbezaan dengan telefon pintar lain dipasaran.

realme narzo 20 Pro akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu White Knight dan Black Ninja.

Walaubagaimanapun, panel belakang realme nazro 20 Pro adalah diperbuat daripada plastik yang mana ianya juga sama seperti rangka telefon pintar ini.

ULASAN : realme narzo 20 Pro - Skrin 90Hz & 65W SuperDart Charge Pada Harga Serendah RM 1,199 24
Pada bahagian sisi kanan, realme narzo 20 Pro juga memiliki sensor capjari yang juga berfungsi sebagai butang kuasa manakala pada sisi kiri adalah butang pelaras bunyi dan slot SIM.

ULASAN : realme narzo 20 Pro - Skrin 90Hz & 65W SuperDart Charge Pada Harga Serendah RM 1,199 25
Skrin Paparan

realme narzo meneruskan pengunaan panel skrin 90Hz yang sudah menjadi standard untuk telefon pintar keluaran syarikat ini tanpa mengira tahap harga jualan.

realme narzo 20 Peo hadir dengan skrin paparan HD penuh 1080p+ berukuran 6.5-inci yang menapilkan bezel nipis dan ianya turut memiliki kepadatan piksel 405ppi.

realme narzo 20 Pro juga menawarkan anda  paparan seperti kelas flagship yang menawarkan kadar segar semula 90Hz dan kadar pensampelan 120Hz.

Kadar segar mula yang tinggi bermaksud skrin paparan realme narzo 20 Pro ini mampu menghasilkan 90 bingkai sesaat dan skrin 90Hz ini menawarkan pengguna hampir 50% lebih bingkai berbanding skrin paparan konvesional yang biasa hadir dengan kadar segar semula 60Hz.

Ini menawarkan pengguna satu pengalaman visual skrin yang lancar dan animasi yang lebih ‘lembut’ dan realme narzo 20 Pro juga mempunyai nisbah skrin kepada badan yang tinggi iaitu 90.5%.

realme narzo 20 Pro juga hadir dengan kesan lampu Punch-Hole yang mana sekeling kamera ini akan menyala ketika face unlock dan pengaktifan kamera swafoto 16MP ini.

Secara keseluruhan skrin paparan realme narzo 20 Pro membolehkan aktiviti gaming dan tontonan video yang lebih imersif khususnya kerana kadar segar semula skrin 90Hz yang ditawarkan.

Sebagai perlindungan tambahan kepada skrin paparan 90Hz ini, realme juga telah menyertakan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla pada narzo 20 Pro.

ULASAN : realme narzo 20 Pro - Skrin 90Hz & 65W SuperDart Charge Pada Harga Serendah RM 1,199 26

Pemproses

realme narzo 20 Pro merupakan  sebagai telefon pintar pertama didunia siri narzo untuk hadir dengan pemproses MediaTek Helio G95 yang sekali lagi meletakkan prestasi gaming terbaik sebagai fokus utama.

Pemproses Helio G95 ini menawarkan pengguna kelajuan CPU sehingga 2.05GHz hasil gabungan cip ARM Cortex-A76 dan Cortex-A55.

Unit pemprosesan grafik yang digunakan pada realme narzo 20 Pro adalah ARM Mali-G76 GPU berkelajuan 900Mhz yang menawarkan prestasi gaming yang sangat lancar dan tanpa ‘lag’.

Prestasi pemproses yang digunakan realme nazro 20 Pro juga telah terbukti dimedan ujian AnTuTu dimana telefon pintar ini telah menerima lebih dari 300,000 mata.

realme narzo 20 Pro hanya ditawarkan didalam varian 8GB RAM dan ianya turut disertakan dengan storan dalaman 128GB.

ULASAN : realme narzo 20 Pro - Skrin 90Hz & 65W SuperDart Charge Pada Harga Serendah RM 1,199 27
Kamera

Telefon pintar pertama siri narzo by realme ini juga hadir dengan pengunaan quad-kamera yang biasa dilihat pada telefon pintar realme.

Sensor utama realme narzo 20 Pro adalag unit 48MP yang menawarkan anda satu sensor primary yang menawarkan kualiti gambar yang baik dan beresolusi tinggi.

Selain itu, realme narzo 20 Pro juga disertakan dengan sensor ultrawide 8MP yang memiliki lensa 119° dengan aperture f/2.3. Fungsi sensor ultrawide pada telefon pintar telah terbukti kegunaanya dan ianya menawarkan dimensi fotografi yang lebih luas.

realme narzo 20 Pro juga disertakan dengan sensor potret B&W 2MP yang mana fungsi utamanya adalah untuk membekalkan maklumat ‘depth’ untuk penghasilan kesan bokeh terbaik pada gambar potret.

sensor keempat dan yang terakhir pada realme narzo 20 Pro adalah sensor makro 2MP yang mana ianya menawarkan anda fotografi jarak dekat sejauh 4cm dari objek dan ianya memiliki fokus tetap.

Kualiti gambar yang diambil melalui sensor makro adalah lembut dan tidak begitu tinggi kualitinya kerana ianya merupakan sensor 2MP sahaja.

Kualiti gambar yang diambil menggunakan sensor utama ternyata memberikan anda hasil yang baik dan jika itu tidak mencukupi, rawatan mod Chroma Boost pasti memberikan hasil gambar yang lebih padu warnanya.

realme narzo 20 Pro juga menawarkan pengguna mod 48MP yang sebenar dimana anda boleh memgambil gambar beresolusi tinggi pada kadar 6000×8000 yang mana ianya adalah dua kali ganda resolusi sebuah TV 4K.

Selain itu, realme narzo 20 Pro juga hadir dengan mod malam Super Nightscape untuk fotografi malam yang lebih baik dan berkualiti tinggi

Pada bahagian hadapan pula, realme narzo 20 Pro juga disertakan dengan sensor swafoto 16MP yang dibekalkan oleh Sony (IMX 471).

ULASAN : realme narzo 20 Pro - Skrin 90Hz & 65W SuperDart Charge Pada Harga Serendah RM 1,199 37
Bateri

4,500mAh + 65W SuperDart Charge

Pada realme nazro 20 Pro, realme telah membawa pengecasan pantas ke satu tahap yang lebih tinggi dengan teknologi 65W SuperDart Charge yang menawarkan anda pengalaman pengecasan yang tiada bandinganya.

Hasil mekanisma pengecasan berefisen tinggi, teknologi 65W SuperDart Charge mampu mengecas penuh bateri berkapasiti 4,500mAh dalam masa yang amat singkat pada masa yang sama memastikan peranti berada di dalam keadaan suhu yang optimum.

Bateri 4,500mAh yang disertakan pada realme nazro 20 Pro boleh dicaj ke tahap 100% hanya dalam masa 34 minit sahaja manakala 10 minit pengecasan memberikan anda 42% jangka hayat bateri.

Anda juga tidak perlu risau akan pengecasan ketika gaming kerana teknologi 65W SuperDart Charge juga sangat efisen ketika anda sedang sibuk bermain game di mana dalam masa 30 minit, pengecasan akan mencapai tahap 43%.

Dengan 3 minit pengecasan, realme narzo 20 Pro mampu menawarkan pengguna 3 pusingan permainan PUBG (1.22 jam), 2 jam pelayaran Instagram, 150 minit tontonan YouTube dan 4 hari waktu standby.

Selain itu, teknologi pengecasan realme narzo 20 Pro tidak hanya terbatas kepada sokongan teknologi 65W SuperDart Charge ini, ianya juga disertakan dengan sokongan pengecasan 18W PD/QC charge yang menjadikannya sebagai satu peranti yang lebih versatil.

ULASAN : realme narzo 20 Pro - Skrin 90Hz & 65W SuperDart Charge Pada Harga Serendah RM 1,199 38
Menyentuh sedikit mengenai teknologi penyejukan yang disertakan pada realme narzo 20 Pro ini, realme telah melengkapkan telefon pintar ini dengan teknologi penyejukan gentian karbon yang memastikan telefon pintar beroperasi pada suhu yang lebih selesa iaitu sehingga 8.6% lebih sejuk.

ULASAN : realme narzo 20 Pro - Skrin 90Hz & 65W SuperDart Charge Pada Harga Serendah RM 1,199 39
Penutup

Sejarah siri narzo by realme di Malaysia telah dimulakan dengan langkah kanan yang positif iaitu melalui realme narzo 20 Pro.

Walaupun ianya hadir dengan nama siri yang baru, realme narzo 20 Pro dilihat mempunyai banyak persamaan dengan telefon pintar realme yang dilancarkan baru-baru ini.

Dengan harga penjualan RM 1199, realme narzo 20 Pro mempunyai potensi untuk menjadi antara telefon pintar midrange yang paling mendapat tumpuan.

Pada 11 November ini, realme narzo 20 Pro akan ditawarkan pada harga RM 899 sahaja yang mana ianya eksklusif untuk jualan pertama di Lazada.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.