Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Qualcomm Snapdragon 875 akan dilancarkan 1 Disember ini – 25% lebih pantas dari SD 865

Qualcomm Snapdragon 875 akan dilancarkan 1 Disember ini - 25% lebih pantas dari SD 865 1

Qualcomm Snapdragon 875 akan dilancarkan 1 Disember ini - 25% lebih pantas dari SD 865 2
Cipset flagship generasi baru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 875 yang dikenali dengan kod nama Lahaina dikatakan akan menawarkan kelajuan pemprosesan yang lebih baik berbanding apa yang diduga.

Qualcomm Snapdragon 875 akan dilancarkan 1 Disember ini - 25% lebih pantas dari SD 865 3
Ujian awal AnTuTu mendedahkan cipset ini memperoleh mata melebihi 847,000 yang mana ianya jauh mengatasi Snapdragon 865 yang memperoleh 663,000 mata.

Ini melambangkan peningkatan sebanyak 25%, satu jumlah yang tinggi apabila dibandingkan dengan cipset generasi sebelumnya.

Sebagai perbandingan, Apple iPhone 12 yang menggunakan cipset A14 Bionic memperoleh 565,000 mata manakala pemproses Kirin 9000 dan Exynos 1080 pula memperoleh 696,000 mata dan 693,000 mata.

Walaupun Qualcomm telah memperkenalkan cipset Snapdragon 865+ baru-baru ini, peranti dengan Snapdragon 865 masih mendahului carta AnTuTu kerana kapasiti RAM dan storan juga memainkan peranan.

Qualcomm Snapdragon 875 akan dilancarkan 1 Disember ini - 25% lebih pantas dari SD 865 4

Apa pun segala persoalan mengenai Snapdragon 875 akan terjawab apabila pelancaranya berlangsung pada 1 Disember 2020.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.