Redmi K30S kini rasmi dengan skrin 144Hz dan SD865
Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan Redmi 30S namun untuk menjimatkan waktu anda, ianya adalah Xiaomi Mi 10T yang telah mula ditawarkan di Malaysia.
Xiaomi Mi 10T Pro dan Mi 10T kini di Malaysia dengan harga serendah RM 1,699 sahaja
Redmi 30S akan memasuki pasaran yang berlainan dengan pasaran yang menerima Mi 10T dan ini bermaksud telefon pintar ini tidak akan memasuki pasaran tempatan.
Terus kepada spesifikasi, Redmi K30S hadir dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.67-inci dengan kadar segar semula 144Hz dan terdapat juga lubang punch-hole yang menempatkan kamera selfie 20MP.
Selain itu, Redmi K30S juga dilapisi dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5 pada bahagian hadapan dan belakang.
Dari segi dalaman pula, Redmi K30S hadir dengan pemproses Snapdragon 865 (bukan versi plus) yang dipadankan dengan 8GB RAM selain storan dalaman 128GB atau 256GB. Apa yang membezakanya dengan Mi 10T adalah, telefon pintar ini tidak mempunyai sokongan untuk memori tambahan.
Selain itu, Redmi K30S tampil dengan kamera utama 64MP, sensor ultrawide angle 13MP dan sensor makro 5MP.
Beralih kepada bateri, Redmi K30S menampilkan bateri berkapasiti 5,000mAh yang juga memiliki sokongan pengecasan pantas 33W.
Lain-lain spesifikasi Redmi K30S ini adalah Wi-Fi 6, Bluetooth 5, 5G (SA dan NSA), dan USB-C.
Redmi K30S akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan perak pada harga seperti berikut :
Redmi K30S 8/128GB – CNY 2,599 (RM 1,613)
Redmi K30S 8/256GB – CNY 2,799 (RM 1,737)