Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme narzo 20 Pro – Teknologi Pengecasan 65W SuperDart Yang Efisien & Terbaik di Pasaran

realme narzo 20 Pro – Teknologi Pengecasan 65W SuperDart Yang Efisien & Terbaik di Pasaran

realme narzo 20 Pro - Teknologi Pengecasan 65W SuperDart Yang Efisien & Terbaik di Pasaran 13

Kredit Gambar : realme India

realme, syarikat telefon pintar yang terkenal dengan slogan ‘Dare To Leap’ telah mengumumkan sesuatu yang istimewa untuk pengguna di Malaysia yang sentiasa mendapat perhatian khas daripada syarikat ini.

Syarikat telefon pintar paling berkembang pesat didunia ini telah mengumumkan penawaran telefon pintar ‘narzo by realme’ ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Sebagai permulaan, realme akan memperkenalkan realme narzo 20 Pro yang boleh diklasifikasikan sebagai model paling premium didalam keluarga narzo by realme ini.

Apa yang menarik, sebagai model mercu didalam keluarga narzo ini, realme narzo 20 Pro juga telah disertakan dengan teknologi pengecasan pantas 65W SuperDart yang menawarkan pengguna satu mekanisma pengecasan terbaik di pasaran.

realme narzo 20 Pro - Teknologi Pengecasan 65W SuperDart Yang Efisien & Terbaik di Pasaran 14

65W SuperDart Charge 

Proses pengecasan kecekapan tinggi yang ditawarkan pada realme narzo 20 Pro membolehkan pengecasan bateri 4,500mAh telefon pintar ini berlaku didalam waktu yang pantas tanpa berlakunya pembebasan haba yang tinggi.

Ini membolehkan pengecasan pantas 65W SuperDart mengecas bateri 4,500mAh yang dimiliki realme narzo didalam masa 38 minit sahaja.

Lebih-lebih lagi, pengecasan ketika anda sedang menikmati sesi gaming intensif juga telah dioptimasikan pada realme narzo 20 Pro ini.

Teknologi 65W SuperDart ini memastikan pengecasan ketika sesi permainan video memberikan anda pengecasan ke tahap 47% didalam masa 30 minit sahaja.

realme narzo 20 Pro - Teknologi Pengecasan 65W SuperDart Yang Efisien & Terbaik di Pasaran 15

Selain itu, kaki gamers juga pasti terpesona dengan kebolehan teknologi 65W Dart Charge ini yang mana dengan pengecasan 3 minit, realme narzo 20 Pro akan mencapai tahap pengecasan 14% yang bermaksud anda boleh menikmati 3 pusingan PUBG (1.2jam).

Lebih-lebih lagi, pengecasan selama 3 minit juga bermaksud anda boleh menikmati 10 jam pendengaran muzik, 2 jam menonton filem atay 5.78 jam waktu panggilan.

Dalam pada itu, kebolehan pengecasan pada realme narzo 20 Pro tidak hanya terbatas kepada pengecasan 65W SuperDart kerana telefon pintar ini juga menyokong pengecasan 18W PD/QC.

realme narzo 20 Pro - Teknologi Pengecasan 65W SuperDart Yang Efisien & Terbaik di Pasaran 16

Bateri 3C Dual Cell 

realme narzo 20 Pro juga mengaplikasikan penggunaan sel bateri Dual 3C  (4500mAh=2250mAh*2) generasi terkini yang meningkatkan kadar input ketika pengecasan.

realme narzo 20 Pro - Teknologi Pengecasan 65W SuperDart Yang Efisien & Terbaik di Pasaran 17
Kredit Gambar : realme India

10 Sensor Suhu

10 sensor suhu ((NTC Thermistor, Negative Temperature Coefficient) yang terbina ditugaskan untuk memantau perubahan suhu dalam proses pengecasan.

Berdasarkan maklumat tersebut, sistem pengecasan akan dapat menyesuaikan daya pengecasan secara dinamik, dan menghilangkan kepanasan secara efisien.

realme narzo 20 Pro - Teknologi Pengecasan 65W SuperDart Yang Efisien & Terbaik di Pasaran 18

Akhir sekali, teknologi pengecasan 65W SuperDart menjadikan realme narzo 20 Pro sebagai model yang nanti-nantikan pelancaranya di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai realme narzo, dapatkanya di Facebook realme Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.