Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Oppo A93 – Peranti Midrange Dengan Skrin AMOLED Premium

Oppo A93 malaysiaPengenalan

Oppo A93 merupakan telefon pintar kelas midrange terbaru daripada Oppo.

Selepas Oppo menghentikan pengeluaran telefon pintar siri Oppo F, kesemua telefon pintar didalam siri ini kini dilancarkan dibawah siri Oppo A.

Contohnya, adalah Oppo A93 yang ditawarkan dipasaran India sebagai Oppo F17 Pro.

Oppo A93 adalah satu telefon pintar midrange yang serba lengkap dan pelancaran telefon pintar ini ke pasaran Malaysia menguatkan lagi persaingan telefon pintar kelas pertengahan di pasaran tempatan.

Berikut adalah ulasan Oppo A93 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,299.

Reka Bentuk

Sekilas pandang, Oppo A93 mempunyai persamaan dengan telefon pintar midrange lain dipasaran (anda pasti tahu jenama yang mana!) namun ianya boleh dikatakan berada didalam kategori premium walaupun bahan yang digunakan adalah plastik.

Kami bercakap mengenai rangka telefon pintar ini yang diperbuat daripada plastik selain panel belakang matte yang turut menggunakan bahan plastik.

Walaubagaimanapun kemasan matte pada panel belakang ini memberikan Oppo A93 satu profil peranti yang sangat’bersih’ tanpa menjadi magnet capjari dan untuk melindungi peranti, Oppo turut menyertakan bekas silikon didalam kotak.

Pada bahagian sisi, terdapat butang kuasa dan pelaras bunyi manakala pada bahagian bawah Oppo A93 masih disertakan dengan bicu audio 3.5mm, slot USB-C dan pembesar suara mono.

Ukuran dimensi Oppo A93 adalah sangat selesa untuk pengunaan sebelah tangan iaitu pada 160.1 x 73.8 x 7.5 mm dengan berat 164gram.

Pada bahagian hadapan, terdapat skrin paparan dual-punch hole yang juga menempatkan sensor capjari terbina dalam skrin.

Skrin Paparan

Oppo A93 hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.43-inci yang menolak resolusi FHD+ namun Oppo masih mengekalkan pengunaan skrin paparan 60Hz walaupun sudah ada jenama yang mampu menawarkan telefon pintar dengan skrin yang memiliki kadar segar semula lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, kami lebih suka Oppo menawarkan panel skrin AMOLED 60Hz berbanding panel 90Hz yang hanya merupakan panel LCD.

Selain itu, pengunaan skrin paparan AMOLED juga membolehkan Oppo A93 memiliki sensor capjari dalam skrin yang pantas.

Secara keseluruhanya, panel skrin AMOLED menjanjikan anda pengalaman visual yang sangat baik dengan kepadatan piksel adalah 409ppi.

Selain itu, nisbah skrin kepada rangka yang dimiliki Oppo A93 yang baik iaitu pada 90.7% namun masih mempunyai bezel yang besar pada bahagian bawah.


Pemproses

Oppo A93 dikuasakan dengan pemproses Helio P95 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB RAM.

Walaupun pemproses daripada MediaTek kini dilihat sudah mampu menyaingi cipset keluaran Qualcomm namun pemproses Helio P95 adalah pemproses yang telah lama berada dipasaran.

Ini tidak bermaksud pemproses 8 teras ini tidak baik namun anda harus menerima kenyataan bahawa terdapat limitasi kuasa pemprosesan pada cipset MediaTek ini.

Walaubagaimanapun, pemproses Helio P95 ini juga disertakan dengan teknologi HyperEngine menawarkan pengguna  rangkaian pintar, skrin yang responsif dan visual yang jelas sekaligus memastikan anda mendapat tindakan pantas dan lancar, terutamanya dalam permainan dengan grafik yang berat.

Secara keseluruhanya, Oppo A93 mampu menawarkan anda pengunaan perantk harian yang baik namun terdapat had sejauh mana telefon pintar ini boleh dikerah khususnya dari segi gaming.

Oppo A93 juga disertakan dengan antaramuka ColorOS 7 yang menawarkan anda satu ekosistem UI yang baik.


Kamera

Oppo A93 menjadi satu lagi telefon pintar kelas midrange untuk menawarkan tetapan quad-kamera dengan sensor utama 48MP.

Sensor utama 48MP ini adalah modul kamera Samsung GM1ST yang mempunyai aperture f/1.7.

Selain itu, Oppo A93 juga hadir dengan satu sensor ultrawide 8MP yang mempunyai aperture f/2.2, dua sensor monokrom pada resolusi 2MP.

Selain itu, menguruskan tugas selfie telefon pintar Oppo ini adalah satu sensor utama Sony IMX471 16MP bersama-sama sensor depth 2MP.

Secara keseluruhanya, Oppo A93 menawarkan anda pakej kamera yang baik untuk kegunaan harian dan tidak lupa juga kamera selfie yang lebih menyeluruh fungsinya.

Hasil Gambar yang diambil menggunakan Oppo A93

Bateri

Oppo A93 hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang menawarkan anda hampir 10 hari pengunaan harian dan telefon pintar ini juga menyokong pengecasan pantas 18W.

5 minit pengecasan Oppo A93 ini memberikan anda hampir 2 jam waktu panggilan atau 1 jam waktu pelayaran aplikasi Instagram atau menonton video di YouTube.

Pengecasan penuh bateri 4,000mAh yang dimiliki oleh Oppo A93 ini mengambil masa sekitar 110 minit.


Penutup

Oppo A93 ternyata memasuki pasaran Malaysia untuk memberikan persaingan sengit kepada telefon pintar midrange dipasaran tempatan.

Dengan skrin paparan Super AMOLED, Oppo A93 memiliki kelebihan didalam pasaran ini namun pengunaan cipset Helio P95 ini menimbulkan keraguan samada telefon pintar ini mampu menawarkan prestasi gaming yang stabil.

Oppo A93 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,299 dan anda boleh mendapatkanya di stor atas talian Oppo, Shopee dan Lazada

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.