Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jangka Hayat Bateri iPhone 12 dan 12 Pro adalah 20% lebih rendah apabila 5G diaktifkan

Apple iphone 12 dan iphone 12 pro max malaysia
Sejurus selepas pelancaran Siri iPhone 12 dan iPhone 12 Pro, telah terpampang jelas bahawa dengan penawaran teknologi 5G, jangka hayat bateri generasi baru iPhone ini akan lebih rendah berbanding apabila digunakan bersama rangkaian 4G.

Walaupun tidak mendedahkan kapasiti bateri model-model iPhone 12 ini, sudah menjadi tradisi Apple untuk menawarkan bateri yang berkapasiti rendah apabila dibandingkan dengan telefon pintar lain dipasaran.

Jika sebelum ini tiada sebarang fakta untuk menyokong perkara ini, ujian yang dilakukan Tom’s Guide memberikan kita hasil ujian pengunaan iPhone 12 dan iPhone 12 Pro pada rangkaian 5G dan 4G.

Pada keadaan ujian ini, iPhone 12 telah menawarkan jangka hayat bateri selama 8.25 jam pada 5G dan 10.23 jam pada 4G yang melambangkan perbezaan hampir 20% manakala iPhone 12 Pro pula menawarkan jangka hayat bateri 9.06 jam pada rangkaian 5G dan 11.24 jam pada rangkaian 4G yang mana ianya juga berbeza sekitar 20%.

Selain itu, perbandingan pada rangkain 4G menyaksikan iPhone 12 menawarkan jangka hayat bateri yang lebih rendah berbanding iPhone 11 (53 minit lebih rendah) manakala jangka hayat bateri iPhone 12 adalah satu jam lebih lama berbanding iPhone 11 Pro.

Untuk pengetahuan anda, berikut adalah kapasiti bateri dan RAM yang ditawarkan pada semua model Apple iPhone 12.

iPhone 12 Mini 4GB RAM / 2,227mAh

iPhone 12 4GB RAM / 2,775mAh

iPhone 12 Pro 6GB RAM / 2,775mAh

iPhone 12 Pro Max 6GB RAM / 3,687mAh

Siri Apple iPhone 12 dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan harga penjualan dari RM 3,399.

Siri Apple iPhone 12 kini rasmi di Malaysia – 4 model dengan sokongan 5G pada harga serendah RM 3,399 sahaja

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.