Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C17 Malaysia – Skrin 90Hz Ultra Smooth Kini Tiba Pada Siri C realme

realme C17 Malaysia – Skrin 90Hz Ultra Smooth Kini Tiba Pada Siri C realme 

realme, syarikat telefon pintar paling berkembang pesat di dunia dilihat terus mengorak langkah yang kukuh menuju kemuncak pasaran dunia.

Syarikat yang terkenal dengan slogan Dare To Leap baru-baru ini telah memperkenalkan realme C17 yang teknologi skrin paparan 90Hz dengan tahap harga yang lebih mudah diakses oleh golongan muda.

90Hz Ultra Smooth Display

realme C17 tampil dengan skrin paparan 90Hz Ultra Smooth yang memberikan pengguna pengalaman skrin yang memiliki kadar segar semula setaraf flaghip namun pada harga yang lebih berpatutan.

Selain itu, realme C17 merupakan panel skrin berukuran 6.5-inci yang menawarkan pengguna resolusi 1600×720 atau bahasa yang mudah difahami pada resolusi HD+ manakala nisbah skrin kepada rangka adalah 90%.

Dalam pada itu, penawaran skrin paparan 90Hz pada realme C17 bermaksud skrin paparan telefon pintar ini menawarkan pengguna kadar segar semula yang 50% lebih tinggi berbanding skrin paparan 60Hz yang merupakan skrin paparan ‘standard’ di pasaran telefon pintar.

Lebih-lebih lagi, skrin paparan dengan kadar segar semula yang tinggi ini juga meletakkan realme C17 setaraf dengan beberapa telefon pintar flaghsip di pasaran yang ditawarkan pada harga yang jauh lebih tinggi.

Seterusnya, pengguna realme C17 juga dijanjikan pengalaman visual yang lembut dan lancar pada setiap sentuhan dengan kecerahan maksima yang ditawarkan adalah 600nits.

Apa yang lebih menarik,realme C17 juga dilengkapi dengan realme UI yang telah dibangunkan untuk menawarkan sokongan penuh bagi panel skrin 90Hz.

Eye Protection

Walaupun dengan pelbagai kemajuan teknologi pada telefon pintar realme, aspek kesihatan pengguna merupakan aspek yang sentiasa diutamakan.

Sehubungan dengan itu, realme C17 juga disertakan dengan fungsi Eye Protection yang memberi pengguna pilihan membuat perubahan pada suhu warna skrin. 

Seterusnya, dengan meningkatkan suhu warna skrin, realme C17 dapat menurunkan kesan radiasi lampu biru yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada mata.

Selain itu, pengguna juga boleh membuat tetapan untuk mengaktifkan fungsi Eye Protection secara automatik mengikut keperluan.

Mod Warna 

Panel skrin 90Hz realme C17 juga menyokong pelarasan mod warna skrin dan terdapat dua mod warna skrin yang ditawarkan.

Mod skrin Vivid – panel skrin akan memaparkan kandungan didalam gamut warna P3 yang memberikan pengguna paparan sebenar dengan warna lebih menarik.

Mod skrin Gentle – panel skrin akan memaparkan kandungan didalam gamut warna P3 yang biasa dengan warna yang tidak terlalu ketara.

Akhir sekali, kemajuan teknologi panel skrin yang digunakan pada realme C17 telah meletakkan telefon pintar sebagai antara model terbaik didalam segmen harganya.

realme C17 akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi pada harga RM 899 dan anda boleh mendapatkanya secara eksklusif melalui pelan pascabayar Digi.

Maklumat lanjut mengenai realme C17 boleh diketahui di realme Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.