Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Komputer riba HUAWEI MateBook 14 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 3,799

Komputer riba HUAWEI MateBook 14 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 3,799 3
HUAWEI Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa komputer riba HUAWEI MateBook 14 dengan harga penjualan dari RM 3,799.

HUAWEI MateBook 14 akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 26 hingga 29 Oktober di  HUAWEI Store dan stor rasmi HUAWEI di Shopee dengan setiap pembelian semasa tempoh pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM 1,199 iaitu Huawei FreeBuds 3, Beg galas Huawei dan tetikus Bluetooth.

Selain itu, HUAWEI MateBook 14 ini akan ditawarkan didalam dua varian yang memiliki cipset yang berbeza iaitu AMD Ryzen 5 4600H yang ditawarkan pada harga RM 3,799 manakala varian yang menggunakan cipset AMD Ryzen 7 4800H pula ditawarkan pada harga RM 4,399.

Menyentuh sedikit mengenai Huawei MateBook 14 ini, ianya menampilkan reka bentuk yang premium dengan berat sekitar 1.49kg sahaja.

Untuk maklumat penuh mengenai spesifikasi Huawei MateBook 14, anda boleh membaca laporan kami sebelum INI.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.