Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi perkenal teknologi 80W Mi Wireless Charging – 100% dalam masa 19 minit sahaja


Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan teknologi terbarunya dalam bidang pengecasan pantas generasi baharu iaitu 80W Mi Wireless Charging Technology.

Ianya menandakan satu lompatan besar bagi Xiaomi yang hanya memperkenalkan teknologi pengecasan tanpa wayar 30W tahun lalu sebelum memperkenalkan teknologi pengecasan pantas tanpa wayar 40W pada bulan Mac manakala Mi 10 Ultra pula telah dilengkapi teknologi pengecasan tanpa wayar 50W.

Teknologi pengecasan pantas 80W Mi Wireless Charging ini mampu memenuhi bateri berkapasiti 4,000mAh ke tahap 100% dalam 19 minit sahaja atau 50% didalam masa 8 minit.

Pengenalan teknologi 80W Mi Wireless Charging dijangka akan menjadi penanda aras baru di bidang pengecasan tanpa wayar.

Xiaomi telah menerajui trend ini dengan menyedari pentingnya hayat bateri dan pengecasan yang lebih pantas untuk pengembangan telefon pintar masa depan.

Didalam masa kurang dari 12 bulan, Xiaomi telah memperkenalkan tiga teknologi pengecasan tanpa wayar yang lebih pantas daripada generasi sebelumnya namun harus juga kita ingat bahawa Xiaomi juga merupakan antara peneraju didalam teknologi pengecasan pantas berwayar dengan kadar 120W yang ditawarkan pada Mi 10 Ultra.

Teknologi pengecasan tanpa wayar 80W ini dijangka akan diperkenalkan pada telefon pintar kelas flagship Xiaomi yang seterusnya.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.