Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Samsung Galaxy S21 akan dilancarkan pada Januari 2021


Samsung dikatakan sedang bersiap sedia untuk melancarkan generasi terbaru Siri Galaxy S dengan lebih awal dan ianya akan bermula dengan pelancaran Siri Samsung Galaxy S21 pada tahun 2021.

Secara tradisinya, Samsung akan memperkenalkan generasi baru Galaxy S pada bulan Februari dengan penjualan bermula pada awal bulan Maxc.

Sebelum ini, media Korea telah melaporkan bahawa pelancaran siri Galaxy S21 mungkin berlangsung seawal bulan Disember tahun ini namun laporan terbaru daripada SamMobile mendedahkan telefon pintar ini akan dilancarkan pada Januari 2021 manakala penjualan mungkin bermula beberapa minggu kemudian atau pada awal bulan Februari.

Walaubagaimanapun, sebab Samsung menganjakkan pelancaran Siri Galaxy S21 ke tarikh yang lebih awal masih menjadi tanda tanya namun alasan yang paling masuk akal adalah untuk memberikan sedikit ruang antara pelancaran telefon pintar foldable Galaxy Z yang baru.

Selain itu, terdapat juga dakwaan bahawa pembekal utama Samsung telah memulakan proses pengkilangan komponen satu bulan lebih awal berbanding tahun lalu.

Persoalanya, adakah Samsung juga akan mengikut jejak langkah Apple dengan tidak menyertakan adapter pengecasan pada Galaxy S21.

Siri Apple iPhone 12 tidak disertakan adapter pengecasan dan EarPods

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.