Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei P Smart 2021 kini rasmi pada harga sekitar RM 1,115 – jom lupakan 2020


Selepas dilanda pelbagai musibah pada tahun 2020, pasti ramai yang menanti pengakhiran tahun ini dan salah satu daripadanya adalah Huawei.

Walaupun masih berbaki 3 bulan untuk menutup tirai 2020, Huawei secara rasminya telah memperkenalkan Huawei P Smart 2021 ke pasaran Eropah namun ianya adalah peranti midrange mampu milik.

Huawei P Smart 2021 disertakan dengan skrin paparan FHD+ IPS LCD berukuran 6.67-inci dengan lubang punch-hole ditengah yang menempatkan kamera selfie 8MP.

Dari segi spesifikasi dalaman pula, Huawei P Smart 2021 memiliki pemproses Kirin 710A, 4GB RAM, 128GB storan dalaman dan EMUI 10.1 yang berasaskan Android 10 namun tiada GMS.

Beralih kepada kamera pula, Huawei P Smart ini dilengkapi dengan kamera utama 48MP yang disertakan bersama sensor ultrawide 8MP, sensor makro dan depth pada resolusi 2MP.

Huawei P Smart 2021 juga disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut disertakan bersama pengecasan pantas Huawei SuperCharge 22.5W selain bicu audio 3.5mm.

Huawei P Smart 2021 hadir didalam tiga warna iaitu hitam, hijau dan blush gold pada harga €229 (RM 1,115).

 

Huawei P Smart 2021 juga memiliki sensor capjari pada bahagian sisi

Telefon pintar ini telah mula dijual di benua Eropah dan dijangka akan memasuki lebih banyak pasaran didalam masa terdekat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.