Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 7i Malaysia – Bateri 5,000mAh & Teknologi Pengecasan 18W Fast Charge


realme 7i Malaysia – Bateri 5,000mAh & Teknologi Pengecasan 18W Fast Charge

Selepas lama dinantikan, realme Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan realme 7i ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 999 sahaja.

Selain penawaran skrin paparan Ultra Smooth 90Hz, realme 7i juga mempunyai satu lagi ciri menarik yang pasti akan membuat pengguna terpukau dengan kehebatan telefon pintar terbaru realme ini.

Bateri 5,000mAh & 18W Fast Charge

Ciri yang dimaksudkan oleh kami adalah penawaran bateri berkapasiti 5,000mAh yang menawarkan anda kebebasan untuk melakukan aktiviti kegemaran anda pada telefon pintar ini tanpa henti.

Lebih-lebih lagi, anda tidak lagi perlu risau akan kehabisan bateri ketika sedang menonton maraton drama, bermain permainan video popular seperti PUBG atau sekadar menonton video kegemaran anda di YouTube.

Selain itu, kehebatan bateri berkapasiti tinggi realme 7i juga telah terbukti di realme Lab. berdasarkan ujian yang dilakukan oleh realme, telefon pintar realme 7i telah terbukti mampu menawarkan pengguna sehingga 34 hari waktu sedia (mod standby) yang mana ianya adalah lebih baik berbanding beberapa telefon pintar kelas flaghsip yang jauh lebih mahal harganya.

Dalam pada itu, kapasiti bateri 5,000mAh yang ditawarkan pada realme 7i juga mampu menjadi penyelamat kepada telefon pintar lain yang kehabisan bateri kerana ianya juga disertakan dengan fungsi OTG reverse charge yang amat membantu pada situasi kecemasan.

Walaubagaimanapun, harus kita terima hakikat bahawa tidak kisah apa kapasiti bateri sesuatu telefon pintar itu, anda pasti harus mengecas semula telefon pintar tersebut dan realme 7i juga tidak terkecuali.

Untuk itu , realme telah menyertakan teknologi pengecasan 18W fast charge yang memastikan bateri 5,000mAh yang ditawarkan pada realme 7i mampu berlangsung dicaj penuh didalam waktu yang pantas.

Seterusnya, teknologi pengecasan pantas 18W fast charge membolehkan peranti mencapai tahap pengecasan 33% didalam masa 30 minit sahaja.

Battery Life Optimization

Walaupun bateri berkapasiti 5,000mAh adalah tunjang kepada penawaran jangka hayat peranti yang luar biasa, perkara ini tidak akan menjadi kenyataan dengan optimasi perisian yang mendalam.

realme telah menerapkan pelbagai ciri tambahan yang akan membantu penjimatan bateri iaitu App Quick Freeze dan Screen Battery Optimization.

App Quick Freeze – sistem telefon pintar akan membekukan operasi dibalik tabir bagi aplikasi yang kurang digunakan.

Screen Battery Optimization – akan mengurangkan kesan animasi pada skrin untuk meningkatkan jangka hayat bateri.

Selain itu, realme 7i juga hadir dengan fungsi penjimatan bateri ketika tidur iaitu sleep standby optimization.


Super Saving Mode

realme 7i juga disertakan dengan mod penjimatan bateri yang dikenali sebagai Super Saving Mode.

Ciri ini membolehkan anda memilih 6 aplikasi yang sering digunakan untuk mencapai tahap jangka hayat bateri yang luar biasa.

Lebih-lebih lagi ,kajian juga mendapati bahawa secara purata pengguna hanya mengguna 6 aplikasi sepanjang 70-80% waktu menggunakan telefon pintar dan ini membolehkan realme menghasilkan satu mod penjimatan bateri yang pasti membantu pengguna menikmati pengunaan telefon pintar yang lebih lama tanpa mengganggu corak dan pengalaman pengunaan harian.

Akhir sekali, mod Super Saving pada realme 7i membolehkan pengguna menikmati hampir 5 jam pendengaran Spotify atau 1.1 jam waktu pengunaan WhatsApp dengan hanya 5% kapasiti bateri.

Kesimpulanya, bateri berkapasiti 5,000mAh yang ditawarkan pada realme 7i menjanjikan pengguna pengalaman telefon pintar yang amat memuaskan.

realme 7i akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Aurora Green dan Polar Blue pada harga RM 999 dengan setiap pembelian juga akan menerima realme Buds Classic secara percuma.

Penjualan offline realme 7i akan bermula pada 17 Oktober ini iaitu melalui semua stor realme dan wakil penjual rasmi.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan perkembangan terkini, anda boleh mengunjungi Facebook realme Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.