Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Berkerjasama dengan Universiti Mahsa Untuk Mempamerkan Ekosistem Pintar Kepada Pelajar

Huawei Campus Universiti Mahsasejajar dengan strategi 1 + 8 + N yang diperkenalkan tahun lalu, HUAWEI Malaysia telah bekerjasama dengan Universiti Mahsa, Selangor, untuk mengubah salah satu makmalnya menjadi ruang pameran Kampus Ekosistem HUAWEI

Pameran Kampus Ekosistem HUAWEI ini akan diadakan dari 9 Oktober hingga 8 November dan dibuka untuk semua pelajar Universiti Mahsa namun ianya ditutup buat sementara waktu sehingga PKPB berakhir.

Pelajar dapat menikmati pengalaman pengunaan secara langsung dari pelbagai produk inovatif terkini HUAWEI seperti HUAWEI FreeBuds Pro dan HUAWEI WATCH GT 2 Pro atau produk flaghsip yang diperkenalkan sebelumnya seperti HUAWEI P40 Pro, HUAWEI Sound X, HUAWEI MatePad Pro, HUAWEI WatchFit, HUAWEI Freelace Pro, dan HUAWEI MateBook X Pro.

Kesemua produk ini akan dipamerkan kepada pengunjung Kampus untuk mengetahui bagaimana mereka beroperasi secara individu atau bersama sebagai sebahagian daripada satu Ekosistem HUAWEI.

Strategi 1 + 8 + N telah diperkenalkan pada tahun 2019  yang bertujuan untuk memberi pengguna pengalaman semua senario di pelbagai peranti pintar.

“1” merujuk kepada telefon pintar HUAWEI; “8” merujuk kepada peranti seperti AR / VR HUAWEI, tablet, komputer riba, televisyen, jam pintar, pembesar suara, terminal kenderaan dan fon telinga; manakala “N” pula merujuk pada lapisan di mana semuanya bersatu dan menunjukkan ribuan peranti IoT yang dapat disambung dengan lancar.

Simbol “+” mewakili Huawei Share dan HiLink, yang merupakan teknologi yang menjadikan sambungan didalam ekosistem ini mudah dilakukan.

Senario di dapur – guna HUAWEI MatePad Pro untuk menonton video resepi dan membuat catatan nota barang-barang yang perlu dibeli menerusi fungsi Multi-Window

Kampus Ekosistem HUAWEI

Kampus Ekosistem HUAWEI di Universiti Mahsa terdiri daripada enam zon yang berbeza, masing-masing mewakili senario yang berbeza.

Enam zon tersebut ialah: Pejabat, Pantai, Gim, Ruang Tamu, Dapur, Kafe, dan LRT atau Komuter Awam.

WiFi AX3 Router – Sentuh Pada Tag NFC Untuk Sambungan WiFi Pantas – tidak lagi perlu memasukkan kata laluan

Setiap zon akan menunjukkan bagaimana produk ekosistem HUAWEI bekerjasama untuk memperkayakan kehidupan dalam senario harian.

Sebagai contoh, Zon Pejabat akan menunjukkan bagaimana HUAWEI P40 Pro, MateBook X Pro, MatePad Pro, WATCH G2 Pro, WiFi AX3 Router dan FreeBuds Pro semuanya bekerjasama dengan lancar untuk memastikan anda mempunyai hari yang produktif dan cekap di tempat kerja.

HUAWEI Vision Smart TV X65

Penampilan pertama Eksklusif HUAWEI Vision Smart TV X65

Televisyen OLED pintar pertama HUAWEI, HUAWEI Vision Smart TV X65 akhirnya telah sampai ke pasaran Malaysia, dan pengunjung pameran berpeluang melihat sendiri produk ini.

TV pintar dilengkapi ini dengan skrin OLED 65-inci 4K yang besar, badan 24.9mm yang sangat nipis. Ia juga dilengkapi cip pintar HiSilicon Honghu 898 yang baru dibuat dan dioptimumkan untuk TV OLED.

Salah satu ciri peranti yang menarik pada TV ini adalah kamera AI sudut ultra lebar 24MP yang dilengkapi dengan cip HiSilicon dual NPU dan 4T yang membekalkan kuasa pemprosesan yang sangat kuat.

Kamera ini juga menyokong kawalan ‘Air Gesture’, yang tentunya akan memudahkan pemantauan selain panggilan video.

Produk Baru HUAWEI

Pada 10 Oktober yang lalu, Huawei telah memperkenalkan 3 produk terbaru mereka ke pasaran Malaysia iaitu HUAWEI FreeBuds Pro, HUAWEI MatePad T 10S dan HUAWEI WATCH GT 2 Pro.

 Produk

 Platform

 Hadiah Percuma

 RRP (RM)

 HUAWEI  FreeBuds  Pro

 HUAWEI  Store,  Lazada &  Shopee

 Cover (RM39) +  Mini Bluetooth  Speaker (RM99)

 699

 HUAWEI  WATCH  GT 2 Pro

 Tali jam Dark  Green (RM69)

 1,199

 HUAWEI  MatePad  T 10s

 Flip Cover (RM99)  + 15GB HUAWEI  Cloud Storage  untuk 12 bulan +  HUAWEI Video  (percuma pakej  dimsum untuk 3  bulan) + HUAWEI  Book

    999

*Kampus Ekosistem HUAWEI ini mematuhi prosedur operasi standard selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan berusaha sepenuhnya untuk memastikan para pengunjung selamat dari covid-19.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.