Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lebih dari 1,000 unit realme Smart Scale dijual pada Shopee 10.10 Sale


realme Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan dua produk penjagaan diri mereka iaitu realme Smart Scale dan realme M1 Sonic Electric Toothbrush.

realme Smart Scale yang telah mula ditawarkan di Shopee telah mencapai prestasi yang sangat baik pada Shopee 10.10 Sale sekaligus menyaksikan penimbang pintar ini menjadi Smart Scale paling laris di Shopee sepanjang tahun 2020 (Jan-Okt 2020).

realme telah berjaya menjual lebih dari 1,000 unit realme Smart Scale didalam masa kurang dari 24 jam sekaligus memecahkan rekod penjualan Shopee dengan menduduki tempat ke-2 didalam kategori penjagaan diri.

Bagi yang terlepas penjualan pertama realme Smart Scale di Shopee, anda masih boleh mendapatkanya sekarang pada harga RM 149.

Dapatkan realme Smart Scale di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.