Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 7i Malaysia – Skrin Paparan 90Hz Ultra Smooth Display Yang Menawarkan Anda Pengalaman Skrin Luar Biasa

realme 7i Malaysia - Skrin Paparan 90Hz Ultra Smooth Display Yang Menawarkan Anda Pengalaman Skrin Luar Biasa 7realme 7i Malaysia – Skrin Paparan 90Hz Ultra Smooth Display Yang Menawarkan Anda Pengalaman Skrin Luar Biasa

realme merupakan satu jenama yang amat popular dipasaran Malaysia dan kini telah pun melebarkan sayapnya ke pasaran produk AIoT dan produk penjagaan diri.

Semangat Dare To Leap syarikat ini membolehkan realme sentiasa mengekalkan momentum positif didalam pasaran walaupun keadaan ekonomi dunia yang amat mencabar.

Susulan daripada pelancaran realme 7 Pro dan realme 7 baru-baru ini, realme Malaysia telah mengesahkan akan membawa masuk satu lagi model didalam siri ini namun dengan harga yang lebih mudah diakses oleh golongan muda.

Jelaslah bahawa skrin paparan adalah aspek utama yang dipertimbangkan sebelum pembelian telefon pintar dan menyedari perkara ini, realme telah mengesahkan bahawa realme 7i akan memiliki skrin paparan 90Hz Ultra Smooth Display.

realme 7i Malaysia - Skrin Paparan 90Hz Ultra Smooth Display Yang Menawarkan Anda Pengalaman Skrin Luar Biasa 8

90Hz Ultra Smooth Display

Skrin paparan realme 7i yang berukuran 6.5-inci ini memiliki kadar segar semula 90Hz dan ianya turut menyokong dengan kadar pensampelan 120Hz. 

Dalam pada itu, kadar segar semula 90Hz bermaksud skrin paparan realme 7i ini mampu menghasilkan 90 bingkai sesaat iaitu 50% lebih tinggi berbanding panel skrin 60Hz yang biasa digunakan pada telefon pintar.

Lebih-lebih lagi, pengunaan panel skrin 90Hz pada realme 7i memberikan pengguna satu pengalaman visual skrin yang sangat lancar dan lembut pada setiap operasi skrin. 

Apa yang lebih menarik, antaramuka realme UI juga menawarkan sokongan penuh bagi panel skrin 90Hz yang memastikan kesinambungan antara skrin dan perisian.

Selain itu, skrin paparan ini juga mempunyai resolusi skrin HD+ 1600×820 dengan tahap kecerahan maksima 600nits dan tidak lupa nisbah skrin kepada rangka yang tinggi iaitu 90%.

Hasilnya, pengguna realme 7i dapat menikmati tontonan video dan permainan video yang lebih imersif dengan kadar bingkai maksima 90Hz.

Dalam pada itu, untuk menambahkan ketahanan skrin ini, realme 7i juga didatangkan dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass.

realme 7i Malaysia - Skrin Paparan 90Hz Ultra Smooth Display Yang Menawarkan Anda Pengalaman Skrin Luar Biasa 9

Eye Protection

Walaupun menawarkan teknologi yang terkini, realme tidak sama sekali mengabaikan aspek kesihatan pengguna.

Sehubungan dengan itu, realme 7i juga dilengkapi dengan teknologi Eye Protection.

Seterusnya, fungsi ini memberikan pengguna kebebasan untuk melaras pelbagai ciri-ciri skrin seperti suhu warna skrin yang mana dengan meningkatkan suhu warna skrin, ianya dapat mengurangkan radiasi lampu biru yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada mata.

Selain itu, pengguna juga boleh membuat tetapan untuk mengaktifkan fungsi Eye Protection ini mengikut waktu yang diperlukan.

Kebolehan skrin realme 7i sudah pastinya mampu meletakkan telefon pintar ini sebagai antara yang terbaik pada segmen harga ini.

Akhir sekali, pengunaan panel skrin 90Hz Ultra Smooth menjadikan realme 7i sebagai peranti yang pastinya dinanti-nantikan oleh peminat realme di Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai produk terbaru realme ini boleh anda dapatkan dengan mengunjungi laman Facebook realme Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.